Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penyanyi, Ismail Izzani atau lebih mesra dipanggil Mael mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila satu video tular si TikTok yang menunjukkan seorang lelaki mirip mukanya di sebuah kelab malam sambil bercium dengan seorang wanita.

Artikel Berkaitan:

Oleh kerana video tersebut, ibu kepada Mael yang juga seorang penyanyi iaitu Datin Suliza Salam turut diserang dengan kecaman yang ‘panas’ di Instagram milik ibunya.

Rata-rata netizen mengecam di ruangan komen foto Datin Suliza Salam. Walau bagaimanapun, Datin turut tidak berdiam diri dengan kecaman itu lalu membalas komen netizen di ruangan komen tersebut.

“Anak kamu nanti belum tau juga lagi kan. Mengata anak orang memang seronok kan. Pengakhiran hidup belum tentu. Allah Yang Maha Pengampun,” balasnya kepada netizen yang mengecam anaknya, Ismail.

“Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau siapa jua. Tapi Allah. Faham itu ya,” ujar Datin Suliza lagi.

Dalam pada itu, Datin Suliza mengucapkan terima kasih kepada netizen kerana perbuatan anaknya dan menghargai teguran itu.

Malah, Datin Suliza mendoakan supaya Allah melindungi dan merahmati orang yang mengecam Ismail serta dijauhkan dari segala aib dan musibah.

Sementara itu, segelintir netizen menyokong ibunya untuk tidak menyalahkan penyanyi era 1980-an kerana mungkin dia sudah sehabis baik mendidik anaknya.

Sebelum ini, nama Ismail Izzani juga menjadi perbualan ramai apabila putus hubungan dengan bekas teman wanitanya kerana ‘kantoi’ curang lebih dari lima kali.