Secara jujurnya ramai orang menyuarakan soalan kepada aku, macam mana hendak bekerja di London, United Kingdom?

Jawapan aku, macam biasa lah. Ianya bergantung kepada rezeki masing-masing. Dan ini, aku ceritakan macam mana aku boleh berkelana di Kingsway, London.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aku seseorang yang meminati bidang penulisan. Mungkin ini sesuatu yang menjengkelkan, (aku tahu) tapi aku mula menulis diari seawal usia 12 tahun.

Usia aku, dengan perangai diri aku yang serba nakal. Atau aku melabel diri aku sendiri sebagai black sheep among my family and friends. Hatta aku mempoyokan diri menulis diari.

Tapi aku cenderung untuk rahsiakan hasil penulisan aku dari dulu sehingga sekarang. Dan apa yang hangpa baca adalah apa yang aku rasa aku boleh pilih untuk disiarkan kepada umum.

bekerja-di-london-4

Seawal tahun 2013 aku mula menulis. Aku cenderung untuk menulis apa yang aku rasa, dan apa yang terlintas di kepala aku. Aku mula menulis melalui website Fiverr.com.

Secara penjelasan yang mudah, Fiverr.com adalah satu website freelance untuk hang menjual servis dan produk hang. Aku ambil keputusan untuk jual servis menulis – menulis apa sahaja yang anda perlukan.

Pelanggan pertama aku melalui Fiverr.com adalah seorang askar pencen USA yang patah kakinya semasa perang di Iraq yang mintak aku menulis satu surat untuk meminta pampasan kepada kerajaan USA.

Berapa caj yang aku kenakan? Cuma 5 dollar untuk satu muka surat Microsoft Words. Aku menulis tanpa sedikitpun hirau mengenai kesalahan grammar yang mungkin aku buat.

Siapa nak judge? Aku tak peduli langsung. Tapi hang beragak-agak lah. Simple English dah cukup. Hang tak perlu menjadi J.R.R Tolkien, atau J.K Rowling untuk menjadi seorang penulis yang bagus.

Jadi diri sendiri sudah. Apa yang aku tau, aku excited dapat customer pertama, dan aku hanya nak mencuba.

bekerja-di-london-2

Selepas tu, servis aku semakin meningkat. Aku dapat review dan feedback yang bagus daripada customer. Melalui Fiverr.com, hang akan melalui proses level Beginner, Level 1, Level 2 dan yang terakhir sekali adalah level Top Seller.

Aku berjaya naik sehingga Level 2, sebelum aku ambil keputusan untuk tak aktif lagi di Fiverr. Sampai ada customer yang letak bad feedback dah, sebab aku memang dah tak larat dah nak menulis kat Fiverr ni, sebab aku takdak masa. Hahaha!

Cuma aku nak cakap, memang ada rakyat di dunia ini termasuk orang Malaysia sendiri mencari rezeki dengan hanya menjual servis di Fiverr. Kalau hang nak cari duit lebih di Fiverr jugak, terpulang kat hang lah. Tak semestinya hang perlu jadi penulis. Be creative.

Semasa berada di Level 1, satu syarikat bernama Disignir yang berpangkalan di New York dan London hantar email, untuk menjadi freelancer writer kepada syarikat tersebut.

Syarikat ini adalah syarikat yang memberi khidmat nasihat perniagaan dan pengeluaran, dan aku antara freelancer writer syarikat tersebut bermula tahun 2014 sehingga sekarang.

Apabila aku rasa portfolio aku makin kuat, aku buka satu akaun LinkedIn. LinkedIn ni satu media sosial untuk tenaga profesional.

Sama seperti kerjaya seorang photographer, menjual servis gambar dengan menunjukkan hasil-hasil gambar dan kualiti yang diambil, begitu lah juga dengan konsep menulis.

Baca: 6 Sebab Kenapa Berhijrah Ke Luar Negara Itu Baik Untuk Aku Dan Mungkin Juga Kau

bekerja-di-london-5

Nak tahu lebih lanjut, hangpa create dan explore sendiri. Aku lampirkan hasil-hasil kerja aku dalam akaun LinkedIn aku. Dan aku bina connections dengan bos-bos, manager-manager dan editor company-company luar terutamanya dari United Kingdom.

Kenapa aku target negara luar? Sebab aku nak cari pengalaman luar, dan aku dah give up dengan negara sendiri. Don’t get me wrong, one day I’ll be back.

Pada masa yang sama, aku gigih menulis dan terus menulis. Disebabkan aku banyak travel ke luar negara, aku ada menulis karya dan pengalaman travel aku kepada syarikat-syarikat luar. Aku senaraikan secara ringkas, jika hangpa berminat:

Travel + Leisure = membayar USD1 untuk setiap perkataan sekiranya artikel diterima
Bootsandall = USD50 untuk satu artikel
Escapees Magazine = USD150 untuk satu artikel
Great Escape Publishing = USD50 hingga USD200 untuk satu artikel
Perspective Travel Magazine = USD100 untuk satu artikel
Sunset Magazine = USD1 untuk setiap perkataan sekiranya artikel diterima

Portfolio hasil penulisan aku dikukuhkan melalui akaun LinkedIn.

Mereka berkata, pengalaman itu mendatangkan pekerjaan bukan? Jadi ini lah. Aku hidangkan pengalaman menulis dan hasil-hasil aku.

Aku tak letak transkrip U pun, cuma hanya pengalaman dan perit jerih dan minat serta passion aku dalam bidang penulisan.

Sehinggalah, GiveMeSport dibawah Sports New Media Limited menghantar satu email kepada aku, yang mengubah hidup aku dan menjadi penulis di Academy yang berpusat di London.

bekerja-di-london-1

bekerja-di-london-6

And the rest, is history. Aku tidak dilahirkan menjadi guru, dan aku tidak nampak diriku 10 tahun akan datang sebagai guru. Aku tinggalkan jalan perguruan, dan aku bertatih daripada kosong kepada target aku satu hari nanti, sebagai seorang editor di tanah bumi England.

Nota kaki: Aku juga ada cita-cita untuk menjalankan satu perniagaan berasaskan makanan Malaysia satu hari nanti di England. Nasi lemak mungkin? Haha. Bye.

Baca lagi: Mahu Jadi ‘Barber’ Yang Berjaya Bawa Anak Yatim Ini Berkelana Timba Pengalaman Di UK