Nasi lemak kukus biasa kita jumpa. Tapi, kalau nasi lemak kukus yang digoreng pasti rare bagi anda bukan?

Kalau anda ingin merasa nasi lemak kukus yang digoreng, kami cadangkan anda ke Jalan Othman di Petaling Jaya dan singgah di gerai milik Chef Fauzey ini.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Rata-rata penduduk di Seksyen 3, Petaling Jaya telah kenal akan keunikan nasi lemak kukus goreng Chef Fauzey ini. Keunikannya sehingga banyak keluar di media-media mainstream seperti Majalah 3, Nasi Lemak Kopi O TV9 dan lain-lain lagi.

Chef Fauzey sebelum ini merupakan seorang chef yang pernah berkhidmat di hotel 5 bintang dan kepakarannya adalah memasak masakan western. Memasak nasi lemak merupakan satu cabaran bagi beliau tapi dengan keazaman yang gigih, beliau berjaya menempah nama sehingga hasilnya dapat dilihat sehingga ke hari ini.

11930731_10207310990150271_753389793_n

11938773_10207310996430428_464155475_n

BACA: Vocket makan… Nasi Kandar Melayu Apollo di Seksyen 9, Bangi

Gerai yang terletak di belakang stesen bas Jalan Othman ini memang simple. Chef Fauzey menggunakan lorinya sebagai dapur bergerak untuk membawa masakannya. Beliau dibantu oleh isterinya dan 2 orang pekerja.

Barisan pelanggan yang berkunjung ke gerai ini sejak dibuka tak pernah putus. Sekali buat tempahan bungkus pasti sampai 5 hingga 6 bungkus ke atas.

11940152_10207311002750586_955397434_n

11909892_10207310998470479_754537964_n

11931736_10207311001470554_850295175_n

BACA: Nasi Kandar Line Clear Buka Cawangan Di Kampung Baru, KL

Kami membuat pesanan nasi lemak kukus goreng yang menjadi bualan ramai ini. Hidangannya lebih kurang sama seperti nasi lemak biasa cuma yang menjadi menarik apabila adanya udang goreng dan ayam goreng berempah.

11925929_10207311000510530_1461349103_n

11896885_10207310999550506_1566850684_n

Rasa nasinya sangat lemak. Dimakan bersama dengan sambal istimewa Chef Fauzey makin naik rasanya. Udang gorengnya juga turut penuh berperisa.

Ayam goreng berempahnya memang sangat sedap. Sebab itulah pelanggan Chef Fauzey tak pernah putus-putus datang kerana masakan nasi lemak kukus goreng ini memang sedap.

11911826_10207310993270349_629493776_n

11938049_10207310991750311_10991522_n

Untuk pengetahuan anda, Chef Fauzey turut menyediakan masakan lain seperti nasi lemak kukus biasa, char kuey teow dan mee goreng. Kepada yang ingin mencuba nasi lemak kukus goreng ini bolehkan dapatkan info di bawah.

Nama gerai : Nasi Lemak Kukus by Chef Fauzey
Lokasi : Jln Othman Bus Station, Petaling Jaya, Selangor (waze)
Layari laman Facebook Page kedai ini.
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 5:30 pm – 11:00 pm

BACA: Vocket Makan… Nasi Kerabu Ketam Cholley, Taman Bukit Kajang

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka