Awal bulan Oktober yang lalu, Twitter telah mengumumkan perlantikan Jack Dorsey sebagai CEO baru. Pada masa itu Dorsey masih lagi CEO kepada sebuah startup yang telah difailkan untuk IPO iaitu Square. Ia telah menarik perhatian industri bisnes termasuk Elon Musk.

Baca: Jack Dorsey Mahu Beri 1/3 Sahamnya Kepada Para Pekerja Twitter

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum Dorsey, Elon Musk terlebih dahulu memegang posisi CEO untuk dua buah syarikat. Musk menjadi CEO Tesla dan SpaceX. Ramai kagum dengannya dan tertanya-tanya bagaimana Musk mengendalikan tanggungjawab dan menjalankan operasi dua buah syarikat tersebut.

Semasa Musk ditanya soalan tentang bagaimana dia mengendalikan dua peranan tersebut di Vanity Fair New Establishment Summit, Musk menjawab:

“Saya tidak akan mengesyorkan menjalankan dua syarikat,”…”Ia mengurangkan banyak kebebasan anda.”

Selama ini Musk bekerja 100 jam seminggu untuk 15 tahun, setiap dua hari dia akan ada penerbangan untuk urusan kerja, secara purata Musk tidur enam jam sehari dan masih mengatur masa agar dia dapat meluangkan masa bersama lima orang anaknya.

Baca: 10 Peraturan Untuk Sukses Gaya Elon Musk

Dalam perihal kerja pula, 70% masa Musk dihabiskan untuk isu kejuruteraan dan rekabentuk, dan 3% masa untuk media dan speaking engagements.

Disebalik kesibukan masa dan dilimpahkan dengan kekayaan, Musk tidak mahu hidup selama-lamanya. Dia hanya mahukan kehidupan yang baik untuk satu jangkamasa yang panjang.

Baca: Pendapat Pekerja Tentang Elon Musk Sebagai Seorang Bos

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber