Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan di Facebook Hafiz Yzels, seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Jordan. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar buat kita semua.

libya

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nilai Sebuah Graduasi

Lelaki didalam gambar ini yang memakai “Jubah Konvo” bernama Umar. Asalnya dari Libya. Hari ini beliau grad dri Kuliah Ekonomi Universiti Yarmouk.

Jika graduan lain (Arab) menari sana sini, menjerit ibarat memenangi durian runtuh tapi tidak baginya.

Matanya merah, menitiskan air mata. Merah semerahnya, bahkan setiap kali sesiapa memeluknya mengucapkan tahniah, pasti dipeluk erat. Berterima kasih tidak terhingga kerana doa dan ucapan.

Ada sesetengah tertanya, kenapa bangsa Arab yang lain bergembira bagai nak rak, kenapa tidak beliau?

Inilah yang dinamakan perjuangan. Perjuangan beliau baru sahaja bermula sebaik tamat pengajiannya disini. Kepulangannya ke tanah air libya bukan seperti kita yang pulang ke tanah air, bergembira, menyambut disana sini.

Baca: Ini Sebabnya Mengapa Lelaki Ini Sanggup Mengajar Anak-Anak Syria Bahasa Melayu

libya-2

Kepulangannya bakal disambut dengan peluru, letupan, peperangan, huru hara dan sebagainya. Negara yang masih dibelenggu peperangan dan perpecahan. Itu lah hakikatnya.

Kerana itu nilai segulung ijazah sangat bermakna buat mereka. Mereka inilah yang akan memperjuangkan negara mereka. Merubah kerosakan dan huru hara dinegara mereka ketika ini.

Sungguh, aku sendiri hampir menitiskan air mata sebaik dipeluk erat olehnya.

Kata-kata beliau “terima kasih Hafiz, datang majlis aku. Doakan aku, doakan kejayaan aku. Aku akan pulang hari jumaat ini ke Libya, doakan aku kuat. Semoga segalanya baik” (sambil pelukan semakin erat).

Umar. Selamat pulang ke tanah air mu. Semoga engkau sentiasa dirahmati dan dipelihara Allah. Mereka ini pelajar Libya, antara pelajar luar negara yang aku kira sangat baik dan beradab. Cukup aku katakan aku berterima kasih pada Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka.

Baca lagi : Kisah Menyentuh Hati Di Sebalik Sekolah Anak Pelarian Syria Diasaskan Oleh Pelajar Malaysia Di Jordan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram