Kira-kira 100 pemandu teksi di sekitar kawasan KLCC bergabung tenaga mengambil tindakan sendiri memburu kereta-kereta yang menyediakan pengangkutan alternatif melalui perkhidmatan GrabCar dan Uber.

Dijangkakan aktiviti ini akan berlangsung untuk sekurang-kurangnya sebulan berikutan rasa kecewa dan bosan dengan kekurangan tindakan oleh pihak berkuasa yang tidak cukup kakitangan.

Datuk Shamsubahrin Ismail, pengasas Big Blue Taxi Services menyatakan:

“Kami telah menghubungi SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) tetapi jawapan yang kita dapat adalah bahawa mereka tidak mempunyai tenaga kerja. Jadi, kita tidak mempunyai pilihan.”

“Uber, GrabCar, mereka tidak takut dengan SPAD … Pemandu teksi telah hilang rasa hormat kepada SPAD,” katanya.

Shamsubahrin turut menambah, pihak teksi KLCC mungkin bekerjasama dengan pihak berkuasa minggu depan.

Satu video yang sedang tersebar luas di media sosial memaparkan kekasaran tindakan pemandu-pemandu teksi yang memekik dan memukul kereta perkhidmatan tersebut.

3 orang dihantar kepada polis dan 4 orang lagi lari selepas 7 buah kereta ditahan oleh pemandu-pemandu teksi di kawasan KLCC semalam.

SPAD menyatakan mereka masih boleh mencari solusi untuk mengawal selia perkhidmatan Uber, bukannya dengan cara melarang mereka secara terang-terangan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber