Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama DG Hisham mula dikenali orang ramai apabila COVID-19 mula menyerang Malaysia pada awal tahun lalu. Beliau telah dilantik menjadi Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 lagi dan menjadi individu yang bertanggungjawab mengetuai barisan hadapan negara dalam memerangi wabak pandemik ini.

Terbaharu, pengguna Twitter berasa terkejut dan pada masa sama kagum dengan ciapan yang pernah dihantar oleh DG Hisham pada tarikh 7 Januari 2021, kini telah menjadi realiti seperti yang kita sedang alami hari ini.

Rata-rata netizen mengakui data-data jangkaan unjuran kes yang dibentangkan oleh DG Hisham pada bulan Januari lalu merupakan hasil statistik dari fakta dan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi pada masa hadapan.

Ditambah pula dengan sebahagian besar penduduk Malaysia yang melanggar SOP, sekaligus menyebabkan data jangkaan unjuran tersebut telah menjadi ‘tepat’ atau ‘melebihi jangkaan’ kerana setakat tarikh 29 Mei 2021, jumlah kes harian telah mencecah angka 9,020 kes.

Angka kes saban hari kian meningkat melebihi data jangakaan unjuran kes yang dikeluarkan oleh DG Hisham. Ini satu perkara yang patut menjadi kebimbangan dan orang ramai perlu cakna betapa bahayanya wabak pandemik COVID-19 ini.

Satu badan NGO dari luar negara telah menyenaraikan Malaysia salah sebuah negara yang bakal ‘rapuh dan musnah’ menjadi seperti India sekiranya penularan wabak ini tidak ditangani dengan segera.

Ramai kelompok ‘anti vaksin’ dan ‘pembongkar teori & konspirasi’ menuduh DG Hisham sebagai salah seorang agen Freemason. Namun beliau bukanlah seperti apa tohmahan yang dibuat oleh kelompok itu.

Menepis Kebencian Terhadap Dakwaan Dr Noor Hisham Sebagai Seorang Agen Freemason

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa

Anda Mungkin Suka