Nota Editor: Resipi ini dikongsikan oleh Puan Fazilah Norman. Beliau sering berkongsi resipi di FB beliau. Resepi ringkas buatan sendiri ini telah mendapat lebih daripada 9000 shares. Ikuti penulisan di bawah untuk mendapatkan resipi yang ringkas, bersih dan sedap.

Resipi Sosej Ayam Telur Buatan Sendiri

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahan

  • 2 ketul dada ayam *boleh tukar daging atau udang
  • 6 biji telur
  • lada hitam
  • mayonis *saya pakai jenama kew pie
  • daun bawang
  • garam secukup rasa
  • boleh tambah perasa (seperti perasa Maggi) untuk lebih sedap jika mahu *saya tak bubuh
  • Sukatan secukup rasa

Langkah-langkah

1. Kisarkan semua
2. Sekiranya bancuhan agak kental, tambahkan telur
3. Masukkan dalam plastik aiskrim
4. Kukus/rebus
5. Siap!

Boleh makan begitu sahaja, boleh juga digoreng. Lebihan harus disimpan di dalam freezer, dan panaskan ketika hendak makan.

Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Memang sedap, tiada bahan pengawet dan dijamin halal.

Cubalah!

BACA: Mudahnya Buat Mayonnaise Sendiri Di Rumah

BACA Lagi: Mudahnya Buat Mentega Segar Sendiri

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram