Bajet untuk pembikinan filem ‘Avengers: Endgame’ adalah antara yang tertinggi dalam franchise Marvel Studios dan ianya membuahkan hasil apabila Endgame kini adalah filem dengan kutipan tertinggi di Hollywood mengalahkan Avatar yang memegang takhta berkenaan hampir sedekad.

Tahukah anda, dalam Endgame juga turut dirakamkan babak paling ‘mahal’ dalam sejarah perfileman Hollywood? Russo Brothers dilihat bersetuju dengan kenyataan ini.

Adegan berkenaan adalah ketika semua pelakon Avengers perlu menghadiri majlis pengebumian Tony Stark. Tiada CGI digunakana (kecuali untuk Hulk) dan setiap pelakon yang hadir adalah diri mereka sendiri dan bukannya pelakon tambahan.

“Kami selalu berseloroh mengatakan babak pengebumian ini adalah babak ‘paling mahal’ yang pernah dirakam untuk mana-mana filem Hollywood. Mana tidaknya, kami berjaya mengumpul semua pelakon untuk bersama-sama merakamkan babak ikonik ini. Mengapa paling mahal? Anda lihat sahajalah gaji yang mereka terima untuk Endgame. Semua pelakon sangat komited untuk hadir bagi menjayakan babak ini,” terang mereka.

Avengers full
Barisan pelakon ‘Infinity: War’ yang hadir untuk babak epik ini

Bagi memudahkan adegan ini dirakam, Russo memilih satu ladang di Atlanta yang berdekatan dengan lapangan terbang supaya babak ini dapat dirakam dengan pantas dan setiap pelakon dapat pulang awal. Lebih menarik ladang ini ditempah menerusi Airbnb sahaja.

Tahukah anda sebenarnya setiap pelakon tidak mengetahui pun yang mereka sedang merakam babak pengebumian Tony Stark? Disebabkan hampir kesemua pelakon (kecuali Robert Downey Jr) tidak mengetahui plot penuh filem Endgame, mereka cuma diberitahu bahawa mereka hadir ke Atlanta untuk merakam babak perkahwinan Tony Stark. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku.

Walau apa pun, kredit semestinya perlu diberikan kepada Russo Brothers yang berjaya menjadikan filem Avengers: Endgme sebuah filem yang epik. Tanpa vision mereka, Endgame tidak akan mengecapi kejayaan seperti hari ini. Apa pula agaknya rancangan mereka untuk filem MCU akan datang?

Sumber