Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan di Facebook Yazid Zul, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kami kongsikan semula di Vocket dengan izin dari penulis. Semoga ia memberi iktibar buat kita.

Mengajar kelas non-Muslim. Hampir semua mini skirt. Takpelah. Cubaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Waktu penerangan pasal morality dan peraturan, saya tanya siapa yang buat moral dan peraturan. Mereka kata sendiri decide. Saya pun tanya samada gay lesbian patut dibenarkan kawin.

Gadis dan jejaka orang putih ni sepakat bahawa patut dibenarkan. Hak peribadi masing-masing.

Saya test lagi. Macam mana pula perkahwinan adik-beradik atau incest?

Sebahagian setuju, sebahagian bantah. Yang setuju kata hak peribadi masing-masing. Yang bantah kata dia orang pun tak tahu nak explain macam mana, tapi hati mereka rasa benda tu salah.

Saya test lagi. Kalau in the future, orang nak kahwin dengan pet pula, dengan kucing dan anjing contohnya. Adakah patut dibenarkan?

pelajar

Hampir satu kelas bantah. Ada jugak yang setuju. Beberapa gadis Eropah bermuka model kata mereka tak nampak apa salahnya. Hak peribadi masing-masing.

Saya jelaskan bahawa itulah bezanya. Bila orang beragama, hak mutlak samada sesuatu tu boleh atau tak boleh diserahkan pada Tuhan. Bila Tuhan dah decide something, sebagai believer kita akan ikut.

Seorang tu nampak tak selesa dengan konsep bila Tuhan arah kita kena ikut.

Saya tanya. Mak suruh beli burger, dia beli atau dia akan soal siasat mak dia tentang sebab mak dia nak burger? Dia kata mestilah dia beli saja.

Saya tanya kenapa. Dia kata pasal mak dia suruh dan dia sayang mak dia.

Tuhan pun kalau suruh, dan kita percaya dan sayang tuhan, kenalah ikut.

Kepada student saya yang Muslim dan Muslimat tu, Allah pesan pakai kemas tutup aurat dan jaga pergaulan. Jangan berzina. Jangan beromen. Jangan pergaulan bebas. Jangan sibuk tanya apakah hukum dan hikmah tutup aurat. Kalau sayang dan percaya Allah, Allah suruh tu, ikut jelah.

Namanya iman. Ada tak?

BACA: Seorang Fotografer Berkongsi Keadaan Di Dalam Flat Kos Rendah Di Hong Kong

BACA juga: Sehelai T-Shirt Menjadi Lambang Anda Rakyat Malaysia Dan Terima Layanan Baik

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram