Adakala menjadi sesuatu yang sukar bagi seorang boss dan majikan untuk membenarkan kakitangan mereka bercuti kerana satu tugasan penting yang mesti disiapkan.

Dan di satu kisah yang lain pula, seorang pekerja yang berdedikasi mengambil keputusan untuk membiarkan cuti tahunannya yang masih berbaki habis begitu saja kerana komitmen yang tinggi terhadap tugas dan kerjaya mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menyedari situasi ini, sekumpulan anak muda telah mengambil keputusan untuk memenuhi lompong ini dengan membina satu start up yang inovatif.

jetpack-2

Dengan memperkenalkan konsep co-working space melalui pendaftaran keahlian, Jetpack turut menawarkan mereka daripada bidang yang berbeza kerjaya (sebagai contoh freelancer, para pekerja dan golongan profesional yang bekerja secara remote)  bekerja di satu lokasi yang sama secara perkongsian ruang.

Idea di sebalik penubuhan Jetpack Internet PLT adalah untuk membawa konsep ‘Jetpacking’ sebagai satu cara memberi peluang kepada mereka yang bekerja mengimbangi gaya hidup antara kerjaya dan bercuti.

Menurut pengasas dan juga Chief Executive Officer Jetpack, Tuan Iskandar Md Sah, start up ini diinspirasikan dengan hasrat untuk membantu individu dalam mencari keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi – yang mana seorang yang komited terhadap kerjaya mereka diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dengan lebih baik sambil bercuti bersama keluarga.

Diwaktu yang sama, para majikan pula dengan senang hati membenarkan pekerja mereka bercuti kerana mengetahui mereka mampu menyiapkan tugasan tanpa halangan meskipun tidak hadir ke pejabat kerana berada di lokasi rangkaian Jetpack.

IMG_3612

Idea teras untuk startup Jetpacking ini adalah sebagai pemangkin kepada ikatan kekeluarga yang lebih positif dan akhirnya mengubah cara melaksanakan kerja dengan lebih efektif dengan mengambil kesempatan ke atas sambungan internet yang pantas dan lengkap seperti yang disediakan di dalam pakej Jetpack.

Di samping itu, segala kerja masih dapat dilakukan dengan lancar tidak kira sama ada sewaktu anda sedang berada di lokasi eksotik dengan pantai yang putih bersih dan air laut yang membiru di sekitar Asia Tenggara mahupun di satu kawasan hutan hujan Khatulistiwa yang segar dan menenangkan sambil mendengar kicauan burung.

Bayangkan senario di mana anda bekerja sambil mengejar dateline dalam satu suasana santai dan dihidangkan pemandangan indah tanpa perlu risaukan keluarga tersayang kerana mereka juga turut bercuti bersama anda.

Bukankah itu beribu kali lebih baik daripada anda perlu bekerja di pejabat semata-mata untuk mengejar dateline dan membiarkan jadual percutian anda berlalu begitu saja ?

IMG_8015

“Anda boleh panggil kami AirBnB co-working space atau apa saja.

Yang penting di situasi beginilah pengalaman Jetpacking akan kami sediakan melalui rangkaian kerjasama kami dengan berbagai lokasi percutian menarik di sekitar Asia Tenggara dan di waktu yang sama menyediakan pakej percutian dan sambungan internet yang pantas”

Iskandar turut menjelaskan dengan berbuat demikian, individu yang biasanya sibuk dengan mesyuarat dan tarikh akhir kini boleh berehat dengan keluarga mereka dan rakan-rakan tanpa menjejaskan komitmen kerja mereka.

“Dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, inilah masanya untuk nomad digital dan mereka yang bekerja dari jarak jauh dapat turut mengembangkan kerjaya mereka.”

“Jetpacking akan merangsang produktiviti dan kreativiti, mengurangkan risiko kekeringan idea dan memaksimumkan cuti yang tidak digunakan. Jetpack juga bakal menjadi idea start up yang akan mengganggu (disrupt) konsep bekerja dan bercuti yang sedia ada” – Iskandar.

jetpack-4

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Wix dan Officevibe , 92% daripada mereka yang terlibat dalam co-working berpuas hati dengan co-working space mereka, manakala 91% lagi mempunyai interaksi yang lebih baik dengan orang lain selepas merasai pengalaman co-working.

Jetpack juga bakal menawarkan custome made co-working and holiday package berdasarkan keperluan pelanggan mereka. Info lengkap termasuk pakej menarik Jetpacking boleh didapati di JetPack.my.

Web Summit 2015 Di Dublin

WebSummit

Baru-baru ini Jetpack Internet telah dipilih sebagai salah satu Alpha startup yang mewakili Malaysia ke pameran di web summit di Dublin, Ireland yang akan berlangsung pada 3 hingga 5 November 2015.

Merupakan antara Persidangan Teknologi (Tech Conference) terbesar di dunia, Jetpack Internet percaya mereka merupakan antara startup yang perlu diberi perhatian.

Kami akan ditempatkan di Booth No. D255 di Downtown Area pada hari pertama pameran ini berlangsung, iaitu pada 3 November.

Kami amat berbesar hati dengan peluang yang diberikan ini dan bersedia untuk berkongsi visi dan aspirasi startup kami ke serata dunia.

Antara jetpacking yang akan ditawarkan setakat ini adalah Jetpack KL Package, Jetpack Indonesia Package dan Jetpack Thailand Package.

Setakat ini kami telah pun mempunyai sejumlah senarai pelanggan yang bersetuju untuk menjadi pelanggan terawal Jetpack. Kami juga telah berbincang dengan beberapa co-working sedia ada yang berminat untuk menjadi rakan kongsi Jetpack.

Baca: Kenapakah “Jerung-Jerung” Suka Melabur Dalam Syarikat Startup?

WebSummit-2

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, bilangan peserta Web Summit telah berkembang daripada 400 kepada lebih 22,000 penyertaan mewakili 100 buah negara yang berbeza.

Antara nama-nama besar dalam bidang teknologi dari serata dunia yang telah hadir ke Web Summit yang lepas termasuklah Reed Hastings (pengasas Netflix), Arianna Huffington (Huffington Post President, Editor-in-Chief), Drew Houston (Dropbox Founder), Julia Hartz (Eventbrite President), Jack Dorsey (Twitter Co-Founder) dan juga usahawan selebriti seperti Bono dan Eva Longoria.

Anda boleh ikuti perkembangan terkini di sepanjang web summit ini berlangsung dengan mengikuti Facebook Page JetPack Kuala Lumpur, Instagram JetPack Kuala Lumpur dan di Twitter JetPack Kuala Lumpur.

Baca lagi: Pengasas TheLorry Dedahkan Kegagalan Startup Pertama

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram