Semalam, seorang peniaga di Kelantan dikenakan kompaun disebabkan membuka gerai burger melebihi waktu yang dibenarkan. Kini, muncul pula dakwaan individu dikenakan kompaun gara-gara tidak scan MySejahtera ketika menaiki pengangkutan awam.
Menerusi perkongsian pengguna Twitter @nrdhasni, beliau berkongsi perbualan dirinya bersama kakaknya yang telah dikenakan kompaun kerana gagal untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan mengimbas MySejahtera ataupun menulis nama sewaktu menaiki bas.
My sister ada tulis dalam buku dekat station shah alam and then dia naik la bus macam biasa. pic.twitter.com/ZBHUeSWcRp
— มาริโอ้ เมาเร่อ (@nrdhasni) April 26, 2021
Difahamkan, individu tersebut telah mendaftarkan diri dengan menulis nama di stesen berkenaan sebelum menaiki bas itu dan tidak tahu perlu mendaftarkan diri sekali lagi dalam bas. Maka, ketika bas tersebut berhenti di Terminal Bas Bersepadu (TBS), kesemua penumpang telah diperiksa oleh pihak berkuasa.
Tidak mengetahui akan keperluan mengisi maklumat dalam bas, dirinya telah dikenakan kompaun sebanyak RM1500 dan perlu dibayar sebelum 10 Mei 2021. Oleh itu, kakak kepada pengguna Twitter itu buntu dan mahu meminjam wang beliau untuk membayar saman terlebih dahulu.
— มาริโอ้ เมาเร่อ (@nrdhasni) April 26, 2021
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa kecewa dengan tindakan pihak polis tanpa budi bicara. Malah, ada juga yang menasihati kakak beliau untuk membuat laporan berkaitan isu yang terjadi ini.
Never did I feel this much of hopelessness — apa nak jadi sebenarnya with our country 😭 https://t.co/II4vSjnQqV
— fatin 🇲🇾 (@biyu_faten) April 26, 2021
What on earth im reading rn 😃😃😃😃 bas yang salah passengers kena saman? Wow ok… 😃😃😃😃 https://t.co/bQiBktc28l
— Ecah | BAWALS & KNITWEAR PREMIUM (@bakawalihijab) April 26, 2021
Here we again with double standards https://t.co/cWGi6LQwOd
— wafi (@Wafi_Aish) April 26, 2021
Kes ini turut membuatkan ramai berasa terlalu banyak kes ‘double standard‘ berlaku dimana rakyat marhaen yang melakukan kesalahan tanpa sebarang budi bicara dikenakan kompaun. Apa pula pendapat anda akan isu ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Bukan Sahaja Kereta Yang Banyak, Jumlah Selipar Bakal Diperiksa Polis Sewaktu Sambutan Aidilfitri
Gara-Gara Berniaga Di Hadapan Rumah Lebih Satu Jam, Peniaga Di Kelantan Dikompaun RM50,000
‘Rating’ Tidak Memuaskan, Tayangan Drama Nur Di Indonesia Ditamatkan Selepas Satu Episod