Visit Malaysia 2020 berdepan pelbagai rintangan sebelum ia dilancarkan ke seluruh dunia. Paling diingati semestinya logo awalnya yang tidak menarik dan netizen mendakwa logo berkenaan tidak langsung menepati standard international serta sejajar dengan prinsip Wawasan 2020.

Walaupun logo berkenaan telah pun ditukar kepada logo yang baharu, ada pula kontroversi baharu yang tidak enak untuk didengar. Berdasarkan laporan yang dibuat oleh laman Marketing Magazine Malaysia, satu kontrak Visit Malaysia 2020 telah diberi kepada sebuah syarikat baharu yang tidak dikenali. Lebih memeranjatkan, nilai kontrak berkenaan adalah hampir RM90 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keputusan tender berkenaan boleh dilihat di laman rasmi Tourism Malaysia di sini. Antara tender yang diluluskan termasuklah tender untuk membekalkan perkakas pejabat dan perundingan untuk kempen Visit Malaysia.

M&C Saatchi (M) Sdn Bhd merupakan agensi yang proven di Malaysia dan telah mengendalikan kempen pemasaran dan pengiklanan secara digital bagi pasaran Eropah untuk tempoh sembilan bulan serta tender menghasilkan video muzik Visit Malaysia 2020 dengan nilai gabungan hampir RM4.2 juta.

Menjadi persoalan pada ketika ini pastinya syarikat THE I0 Movemment Sdn Bhd yang berjaya memenangi tender bernilai RM89.1 juta, nilai yang sangat tinggi untuk perkhidmatan yang tidak jelas.

Di laman web Visit Malaysia, tender yang dimenangi hanya ditulis ‘REQUEST FOR PROPOSAL : GLOBAL ADVERTISING AGENCIES AND PROMOTION FOR TOURISM MALAYSIA’.

Tender VM2020
Keputusan tender di laman rasmi Visit Malaysia 2020

Kami telah mengakses laman Instagram dan Twitter THE IO Movement ini semalam dan ya, syarikat ini baharu sahaja diwujudkan tidak sampai dua tahun yang lalu. Lebih menyedihkan, followers untuk syarikat ini tidak sampat seribu dan tiada langsung perkongsian berkenaan Visit Malaysia 2020 yang telah dibuat.

Namun, cubaan kami untuk mengakses kembali laman sosial THE IO Movement pagi ini gagal dan username syarikat ini nampaknya telah dipadam. Bagaimanapun, laman web mereka masih wujud tetapi tidak langsung berfungsi.

Tender VM2020 2
Laman web IO Movement yang ‘mati’

Persoalan yang muncul pada ketika ini pastinya siapakah individu di sebalik syarikat ini? Atas dasar apa syarikat ini dipilih untuk menerajui tender bernilai hampir RM90 juta? Kerana setakat ini kami merasakan kempen Visit Malaysia 2020 ‘tidak bermaya’ ditambah lagi dengan penularan wabak coronavirus di seluruh dunia yang menjejaskan kemasukan pelancong ke Malaysia.

Berikut adalah beberapa artikel lain berkaitan Visit Malaysia 2020. Klik pada pautan di bawah.

Maksud ‘Tersirat’ Dalam Rekaan Logo Baharu Visit Malaysia 2020 Yang Anda Tidak Tahu

Inilah Logo Baharu ‘Visit Malaysia 2020’ Yang Jauh Lebih Awesome

Bagaimana Russia Hasilkan Logo Tourism Baharu Mereka Yang Sangat ‘High Class’