TheLorry.com yang merupakan start up Malaysia yang menggabungkan perkhidmatan logistik dan teknologi  telah menerima dana sebanyak USD1.5 juta melalui siri pusingan pertama yang diketuai oleh SPH Media Fund, dengan penyertaan daripada Elixir Capital yang merupakan salah satu syarikat yang berpangkalan di Silicon Valley.

Baca: Pengasas TheLorry Dedah Kegagalan Startup Pertama Beliau

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini pada awal tahun 2015  TheLorry pernah melakukan pusingan mengumpul dana asas pertama mereka melalui KK Fund, sebuah syarikat yang juga berpangkalan di Singapura.

TheLorry akan menggunakan dana ini untuk mengukuhkan lagi jenama dan perkhidmatan mereka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan baru, dan bersedia untuk melebarkan sayap mereka ke rantau ini.

TheLorry_Office

Ditubuhkan pada bulan September 2014, TheLorry menawarkan perkhidmatan pengangkutan kargo (on-demand cargo transportation services) di seluruh Semenanjung Malaysia, menghubungkan ribuan pemilik lori dan van dengan pelanggan mereka, membawa dan memindahkan berbagai barangan daripada perkakas rumah kepada kargo komersial.

Baru-baru ini, TheLorry telah berkembang ke dalam e-dagang, dan sejak itu telah bekerja dengan vendor e-dagang dan peruncit terkemuka untuk menghantar barangan berat dan besar.

Menurut pengasas bersama dan Pengarah Urusan TheLorry –  Goh Chee Hau, dana ini akan digunakan untuk mengukuhkan kehadiran mereka dalam pasaran tempatan dan mengembangkan perniagaan mereka ke negara-negara Asia Tenggara yang lain dengan menduplikasi perniagaan mereka di Singapura.

“Ia adalah pasaran yang kompetitif,” Goh mendedahkan, “tetapi mempunyai pelabur yang sudah biasa dengan pasaran Singapura amat berguna untuk rancangan pengembangan kami.”

TheLorry juga telah memperkenalkan satu lagi perkhidmatan yang membolehkan pelanggan individu dan komersial mereka menjimatkan kos dengan cara menggabung dan mengoptimumkan ruang.

“Pelanggan kami hanya perlu membayar harga untuk ruang dan barangan yang mereka ingin hantar, bukannya untuk seluruh kenderaan,” Goh menerangkan.

“Daripada perlu membayar dengan harga charter yang menyebabkan pelanggan perlu membayar pada kos yang terlalu tinggi, kami akan tawarkan sesuatu yang lebih baru dengan kos yang lebih efektif di mana mereka boleh menghantar beberapa barang yang hanya akan mengambil ruang yang minimum di dalam lori atau van.

Pilihan ini akan membuka dimensi baru dan menjimatkan bagi pelanggan kami.

TheLorry_Founders

Co-founder dan Executive Director The Lorry, Nadhir Ashafiq pula menegaskan  platform teknologi mereka merupakan kunci utama menjadikan ini satu realiti.

Sistem back end kami membolehkan syarikat menggunakan sepenuhnya kapasiti dan mengoptimumkan laluan penghantaran. Ia juga dapat membantu pelanggan untuk menghantar barangan mereka dengan kos yang efektif dan berkesan ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Chua Boon Ping, CEO kepada SPH Media Fund berkata beliau kagum dengan pertumbuhan TheLorry.

Terdapat banyak ruang untuk gangguan (disruption) dalam industri logistik Asia Tenggara dan TheLorry telah berjaya menambah nilai yang baik kepada perniagaan di bahagiankargo komersial.

Berjaya mengukuhkan start up mereka dengan baik di Malaysia juga menjadi satu kelebihan untuk TheLorry berkembang ke Singapura disebabkan oleh volum logistik yang tinggi merentasi sempadan antara kedua-dua negara.

Dengan pelaksanaan yang kukuh dan konsisten pasukan itu, kami percaya mereka kini di kedudukan terbaik untuk pertumbuhan yang lebih besar.

TheLorry juga telah melantih BK Teoh, bekas Group General Manager daripada Kerry Logistics / Kerry Asia Road Transport Malaysia sebagai penasihat khas.

Dengan pengalaman selama 30 tahun bersama syarikat logistik multinasional, perlantikan ini akan mengukuhkan lagi jaringan network dan operasi syarikat sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Dengan pertumbuhan yang rancak ini, TheLorry kini besedia untuk membesarkan lagi pasukan mereka. Bagi yang berminat untuk turut menyertai pengembaraan serta revolusi dalam industri logistik bersama start up ini, permohonan boleh dihantar ke [email protected].

TheLorry_Office-2

Tentang Para Pelabur

SPH Media Fund: Pelabur Utama

SPH Media Fund adalah syarikat pelabur korporat milik Singapore Press Holdings Ltd (“SPH”),  yang mempunyai mandat di peringkat global untuk melabur dalam syarikat-syarikat inovatif yang masih di peringkat awal terutama dalam dalam bidang Media Digital (termasuk teknologi pengiklanan dan konten aggregation / pengedaran / penggunaan) dan Internet Pengguna (termasuk e-dagang, marketplaces, media sosial, teknologi pendidikan, teknologi kewangan, dan lain-lain).

Elixir Capital​

Elixir Capital merupakan global venture and growth equity investor yang beribu pejabat di Lembah Silikon, California. Mereka turut mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dan Jakarta.

Tentang TheLorry

TheLorry merupakan on-demand logistics start up yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kini memiliki seramai 20 orang dalam pasukan mereka dan akan terus berkembang, start up ini telah berjaya membantu ribuan pelanggan individu dan korporat mereka dengan rangkaian pemilik lori dan van yang besar di seluruh Malaysia.

Untuk pertanyaan dan info lanjut, sila hubungi Goh Chee Hau di talian +6017 2272 155 atau email kepada [email protected].

Baca lagi: ‘Untold Story’ Kisah Bangkit Semula Pengasas TheLorry.com Dari Zaman Kegelapan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram