Sejak pandemik melanda, mesti ramai yang tidak dapat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga tersayang. Mujur zaman sekarang kita mempunyai teknologi untuk berhubung, bayangkan kalau anda berada di era 80an, macam manalah kita nak berhubung dengan keluarga yang jauh.

Jarak bukanlah penghalang Nenda untuk terus berhubung dengan keluarga. Dengan bantuan cucu kesayangannya, Nenda dapat menggunakan media sosial dengan baik dan lebih advance sudah tahu cara buat vlog!

Sebagai tanda kasih sayang, maka Nenda memberi kejutan istimewa untuk anak dan cucunya. Kalau anda mahu tahu apa kejutannya, mari kita tengok vlog Nenda ini!

Barulah syoknya raya ada Mister Potato Edisi Terhad!

Kurma Dan Ubi Keledek Hanya Dengan Mister Potato

article-potato-630×515

Mister Potato kini memperkenalkan Keledek Ubi Perisa Kurma Manis Edisi Khas dengan perisa semula jadi dan tiada pewarna tambahan. Campuran dua perisa unik iaitu ubi keledek dan kurma ini yang miliki rasa kurma manis perlu anda cuba kerana ia khas sempena Raya.

Ia di datangkan dalam dua saiz iaitu bekas biasa dan bekas gergasi yang pertama di Malaysia. Kalau anda nak tahu, bekas gergasi ini boleh memuatkan dua bekas biasa Mister Potato, sangat sesuai kalau mahu dijadikan sebagai buah tangan masa musim perayaan.

Anda boleh dapatkan kanister gergasi Mister Potato Keledek Ubi Perisa Kurma Manis Edisi Khas yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Mydin dan Econsave sahaja dengan kuantiti dan masa yang terhad.

Kalau yang normal Mister Potato Sweet Potato Kurma Manis 130g itu anda boleh nampak di mana-mana sahaja. Apa lagi, jom dapatkan Mister Potato Edisi Khas Keledek Ubi Perisa Kurma Manis, barulah rare raya anda!

Tidak lama lagi Aidilfitri menjelang tiba, kami kongsikan resipi yang anda boleh buat untuk dimakan di pagi Raya bersama keluarga pada pautan di bawah ini.

Lebih 1.6K ‘Shares’, Ini Resipi Mudah Lemang Guna Air Fryer Dijamin Sedap Seperti Dibakar

Berkonsepkan Pelangi, Ini 4 Resipi Pencuci Mulut Yang Mudah Dibuat Untuk Meriahkan Hari Raya Anda

Lebih 7K ‘Shares’, Ini Resipi Chicken Perattal Yang Sedap Dan Ringkas Untuk Anda Cuba Di Rumah