Persimpangan bertingkat Seri Kembangan Lebuhraya Maju Expressway Sdn Bhd (MEX) akan dibuka pada 13 Disember ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, syarikat konsesi setuju tidak mengenakan sebarang kadar tol bagi tempoh sebulan sebagai tempoh percubaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

"Selepas tempoh itu syarikat konsesi akan mengenakan kadar tol ditetapkan yang akan diumumkan kemudian.

"Pembukaan persimpangan bertingkat Seri Kembangan ini memberi pilihan kepada pengguna sekitar kawasan ini serta mengurangkan tumpuan kesesakan trafik untuk satu-satu laluan," katanya.

Menurutnya, kerajaan hanya menanggung kos pengambilan tanah RM20 juta manakala kos pembinaan RM112 juta, ditanggung sepenuhnya syarikat konsesi.

BACA: Dalam Bandar Ini Anda Tak Perlu Menghadapi Tol, Jem Mahupun Kereta

BACA: Kenaikan Harga Tol PLUS Setiap 3 Tahun, Mulai Tahun Depan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber