Sekiranya tahun 2015 merupakan tahun yang gemilang buat Uber dan CEO syarikat tersebut iaitu Travis Kalanick, pada tahun ini nampaknya segala perkara seakan tidak kena setelah masing-masing terpalit dengan isu yang tidak dapat dielakkan.

Hari ini menjadi saksi dimana Travis Kalanick selaku CEO kepada syarikat Uber meletak jawatan beliau setelah dikatakan menerima beberapa desakan daripada pemegang saham terbesar di dalam syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nama Travis Kalanick juga terpalit dengan isu ‘bersekongkol’ bersama Donald Trump berundur diri sebagai penasihat beberapa minggu yang lepas. Perkara ini juga telah membuatkan sejumlah besar rakyat di Amerika Syarikat memilih untuk memboikot syarikat ride-sharing tersebut seterusnya beralih kepada Lyft.

Bukan itu sahaja, kegagalan untuk menguasai industri ride-sharing di China dan pergaduhan bersama ‘pekerjanya’ antara punca yang membuat para pelabur hilang kepercayaan terhadap hasil kerjanya.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama Uber bertindak untuk memecat individu penting di dalam syarikat. Sebelum ini, dikhabarkan lebih 20 individu turut menerima nasib yang sama setelah gagal untuk mencapai objektif seperti yang dimahukan.

Kami berpendapat mungkin disebabkan tekanan daripada pelbagai syarikat serta orang ramai yang menaruh harapan terhadap syarikat yang disangkakan bakal terus berkembang barangkali.

Begitulah lumrah dunia bisnes sebenar. Menjadi pengasas serta individu berpengaruh di dalam syarikat bukan alasan untuk kekal kebal di dalam tangga korporat.

Kegagalan untuk mencapai objektif serta tidak mampu meyakinkan para pelabur antara faktor yang membuatkan sesorang dibuang. Teruskan berusaha Mr Travis! Anda mungkin gagal sebagai CEO, namun anda tidak pernah gagal untuk mengubah ekosistem ride-sharing secara besar-besaran.

Baca lagi: Ini Sebabnya CEO Uber Tinggalkan Kerja Penasihat Donald Trump Sebulan Selepas Dilantik