Kali ini kami teringin nak makan makanan yang tak terlalu berat. Niat di hati nak makan burger atau roti john. Turun sahaja dari LRT Universiti berdekatan dengan Universiti Malaya tu, kami ternampak satu gambar yang menarik perhatian kami di bawah tangga stesen LRT.

Kami nampak kebab!

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Lama rasanya tidak menikmati kebab ini. Tanpa berfikir panjang, kami terus ke gerai di bawah tangga itu.

BACA: Vocket Makan… Lamb Chop & Mix Grill Bukit Cheras

Jpeg

Nama gerai ini Kebab Station. Senang sungguh nak cari gerai ni. Memang betul-betul di bawah stesen LRT Universiti. Pelajar-pelajar Universiti Malaya pasti dah biasa ke gerai ini.

Desain gerai ini simple dan sedap sahaja mata memandang walaupun kecil. Dalam gerai boleh dimuatkan peralatan memasak, bahan masakan serta 2 orang pekerja.

Jpeg

Menu kebab yang disajikan ada 3 iaitu ayam, daging, dan campuran ayam dan daging. Harga setiap menu boleh lihat di bawah.

Jpeg

Alang-alang nak makan, kami ambil yang saiz besar terus. Mula-mula merancang nak order kebab campur. Rupanya waktu kami datang pukul 12.30 tengah hari itu, gerai ini baru sahaja dibuka. Daging masih belum sedia untuk dihidangkan. Jadi kami pun order kebab ayam saiz besar.

Jpeg

Anda boleh lihat bagaimana daging ayam kebab ini disalai dengan isinya ditimbunkan berlapis-lapis menggunakan tempat salai daging ini sambil dipusingkan keliling tempat pembakar. Warnanya yang kekuningan itu betul-betul menarik selera kami.

Kemudian kami lihat pula teknik abang ini memotong daging ayam. Nampak caranya mudah nak memotong daging ayam ini. Ini petanda daging sangat lembut.

Jpeg

Roti pita juga dibakar sebentar di tempat pembakar daging untuk menghasilkan rasa sedikit rangup pada roti. Kemudian, roti pita dihamparkan di atas sehelai kertas. Di atasnya diletakkan hirisan daging ayam, diikuti salad serta bawang dan diakhiri dengan curahan sos dan thousand island.

BACA: Vocket Makan… Ayam Kampung Restoran Pak Abu Kerinchi

Jpeg

Selesai dibungkus dan membayar, kami beredar ke tempat lain untuk menikmati kebab ayam ini.

Jpeg

Bila buka bungkusan, kami nampak kebab yang panjang dan besar. Kuantiti ayam dan sayur yang diletakkan memang banyak. Nak makan kena sedia tisu dulu. Bila makan pasti banyak yang meleleh dari roti pita itu.

Jpeg

Bau kebab ayam ini memang terangkat. Belum makan lagi tapi dah terliur. Rasa ayam yang disalai memang sedap. Makan pula masa panas-panas. Mungkin kerana ayam tu telah lama diperam menajadikan rasanya sangat juicy.

Jpeg

Beruntung kepada mereka yang sentiasa menaiki LRT di stesen LRT Univeriti kerana dapat menikmati hidangan kebab yang enak ini. Kepada yang teringin untuk ke gerai kebab ini boleh baca info di bawah ye.

Nama gerai : Kebab Station
Lokasi : Stesen LRT Universiti, Lebuhraya Persekutuan, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur (waze)
Layari laman Instagram kedai ini.
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 12:00 pm – 9:00 pm

BACA: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

BACA juga: Vocket Makan… Nasi Kerabu Ketam Cholley, Taman Bukit Kajang

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka