Tidak mahu kalah dengan kain lap Apple yang mendapat perhatian dan permintaan dari satu dunia, Elon Musk memperkenalkan wisel berbentuk Cybertruck edisi terhad khas buat peminat setia jenama Tesla.

Memetik dari laman jualan rasmi Tesla, ‘Cyberwhistle’ ini diperbuat daripada keluli tahan karat gred perubatan dengan kemasan yang digilap. Wisel itu juga mempunyai aksesori ‘sambungan’ yang fleksibel untuk dipakai oleh pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Butiran pada laman jualan tersebut juga mendakwa wisel tersebut amat sesuai dijadikan sebagai ‘koleksi premium’. Hal ini turut diperkuatkan oleh Elon Musk sendiri apabila beliau berkongsi ciapan menyeru orang ramai agar berbelanja untuk memiliki wisel terbabit —

“Tiup wisel itu pada Tesla. Jangan bazirkan wang anda untuk kain lap Apple yang bodoh itu, belilah wisel kami!”

Jika anda berminat untuk mendapatkan wisel premium ini, nampaknya anda perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar kerana ianya telah habis terjual dalam tempoh 24 jam pada harga USD50 (RM211) seunit.

Oleh kerana ini penjualan terakhir ‘Cyberwhistle’, nilai resell sudah meningkat berlipat-kali ganda di platform Ebay. Hasil semakan kami di platform tersebut, rata-rata wisel itu sudah dijual semula serendah USD51 (RM215.22) sehingga USD420.69 (RM1,755.31).

Sumber Gambar: Ebay

Pada tahun 2017-2018 lalu, salah sebuah syarikat Elon Musk iaitu The Boring Company yang fokus menawarkan perkhidmatan pembinaan infrastruktur dan terowong turut menjual beberapa barangan aksesori seperti topi dan flamethrower.

Sama seperti Cyberwhistle, kedua-dua produk tersebut habis terjual dalam masa yang singkat. Siapa sangka, satu dunia begitu minat membelanjakan wang pada produk-produk yang nampak hype dan style dijual dalam kuantiti yang terhad.

Jika anda tidak pernah mendengar kedua-dua produk aksesori daripada The Boring Company, bolehlah klik pautan di bawah untuk tahu lebih lanjut.

Topi ‘The Boring Company’ Milik Elon Musk Terjual 30,000 Unit

Selepas Topi, The Boring Company Mahu Jual ‘Flamethrower’ Pula