Usahawan selebriti dan kontroversi, Dato’ Seri Vida mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan video bersifat sumbang di akaun YouTube DSV Entertainment pada April lalu.

Menurut laporan, pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mengikut pertuduhan, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman didakwa memuat naik kandungan sumbang dengan niat untuk menyinggung hati orang lain.

Dimaklumkan, video tersebut diperlihatkan melalui saluran YouTube miliknya pada 5 Mei 2022 di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya, Selangor.

https://youtu.be/EHFSpAXzfGQ

Bagi pertuduhan, Vida turut didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Bukan itu sahaja, tertuduh juga boleh dikenakan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Sementara itu, Hakim Ahmad Fuad menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes akan dibicarakan semula pada 7 Disember 2022 bagi penyerahan dokumen.

Muzik video tersebut juga tidak mendapat sambutan dan ditentang oleh orang ramai kerana melambangkan unsur ‘drag queen’ seolah menyokong golongan LGBTQ.

Sumber