Sejak Tesla membuat pelaburan kriptowang bitcoin besar-besaran secara mengejut pada bulan Februari, nilai Bitcoin naik mendadak sehingga Tesla berjaya mengaut keuntungan hampir RM4 bilion setelah hampir sebulan melabur pada kriptowang tersebut.

Tidak lama selepas itu, Elon Musk mengesahkan kereta-kereta Tesla boleh dibeli menggunakan kriptowang Bitcoin menerusi satu ciapan di Twitter. Setiap bayaran kriptowang Bitcoin yang diterima akan disimpan sebagai Bitcoin, mereka tidak akan menukarnya menjadi mata wang fiat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat penerimaan kriptowang yang meluas, Elon Musk memperkenalkan Dogecoin yang telah berjaya mengumpul lebih $60 bilion sekaligus menjadi lima matawang kripto utama dengan jumlah pasaran tertinggi dunia.

Selepas beliau hadir ke wawancara Saturday Night Live yang menyebut tentang Dogecoin, beliau menerusi Twitter beliau memaklumkan bakal melancarkan satelit Doge-1 ke bulan sekaligus menjadikan kripto pertama dan meme pertama ke angkasa.

Terbaharu, Elon Musk telah membuat undian di Twitter bertanyakan kepada followers samada mereka mahu kriptowang Dogecoin diterima sebagai kaedah pembayaran sama seperti Bitcoin yang sudah digunakan sekarang.

Setakat artikel ini ditulis, undian yang bakal tamat dalam tempoh tiga jam telah menerima hampir mencecah 4 juta undian dan majoriti memilih Dogecoin diterima sebagai salah satu pilihan pembayaran Tesla.

Nampaknya kemungkinan besar Tesla akan menjadi syarikat automotif pertama di dunia yang menerima pelbagai jenis kriptowang.

Tidak mustahil juga jika Elon Musk akan menambah satu lagi kaedah pembayaran kriptowang dalam masa terdekat kerana orang ramai sudah mula memberikan perhatian kepada sebuah lagi matawang berasaskan meme iaitu Shiba Inu.

Dogecoin bakal menjadi kriptowang dan meme pertama yang akan dilancarkan ke bulan melalui satelit Doge-1 oleh SpaceX.

Elon Musk Umum Satelit Doge-1 Bakal ‘To The Moon’ Seawal Tahun Hadapan

Tesla Mula Terima Bitcoin Sebagai Kaedah Pembayaran

Baru Sahaja ‘Melabur’ RM6.09 Bilion, Tesla Dijangka Terima Bitcoin Sebagai Tukaran Pembelian Kereta