Semalam, nama Neelofa menjadi bualan hangat netizen selepas dirinya dan keluarga telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana pelanggaran SOP ketika majlis perkahwinannya dan juga atas kesalahan merentas negeri.

Akan tetapi, Neelofa yang memuat naik gambar burger di Instastory miliknya mengundang kemarahan netizen kerana dirinya seolah-olah menyindir peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan yang dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga melebihi had masa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2021-04-27_15-21-36

Ini kerana, gambar tersebut dimuat naik selepas Neelofa mengeluarkan kenyataan denda yang dikenakan terhadap dirinya dan keluarga, lalu netizen menganggap Neelofa sengaja mahu mengalihkan perhatian selepas melakukan kesalahan dan didenda.

photo_2021-04-28_10-07-48

Menyedari perkara itu menimbulkan salah faham, Neelofa telah memadam gambar yang dipercayai diperoleh menerusi enjin carian Google dan menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya, beliau hanya berhasrat membantu peniaga itu bukannya menyindir dan memuat naik bukti paparan skrin perbualannya.

Untuk pengetahuan anda, isteri peniaga burger tersebut, Norlaili mengesahkan menerima panggilan daripada peguam Neelofa pada jam 5.30 petang semalam memaklumkan selebriti popular itu mahu membayar jumlah kompaun dikenakan terhadap mereka. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Tahukah anda bahawa ada yang mendakwa Neelofa miliki gangguan personaliti Narsistik? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Dakwa Neelofa Miliki Gangguan Personaliti Narsistik, Teori Lelaki Ini Jadi Bualan Netizen

Selepas 33 Hari Disiasat, Pasangan Neelofa Dan PU Riz Dikenakan Kompaun RM30,000 Tanpa Diskaun

Gara-Gara Berniaga Di Hadapan Rumah Lebih Satu Jam, Peniaga Di Kelantan Dikompaun RM50,000