Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut sahaja nama Cybertruck, pasti ramai orang masih ingat lagi kejadian cermin trak elektrik Tesla pecah semasa Elon Musk sedang melakukan demo bagi membuktikan trak tersebut kalis peluru.

Baru-baru ini sebuah prototaip trak ini dilihat berada di tapak pembinaan Gigafactory Texas di Austin, Texas. Ini merupakan kali ke-lima Cybertruck kelihatan di hadapan orang ramai.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Elon Musk mengesahkan melalui ciapan Twitter bahawa dia sendiri yang memandu Cybertruck untuk melihat sendiri tapak pembinaan kilang yang bakal mengeluarkan trak tersebut.

Beliau turut berkongsi satu video yang diperolehi dari Snapchat di mana Elon Musk merasakan trak tersebut sedang bergerak seolah-olah berada di planet Marikh, tempat yang beliau sangat obses untuk berhijrah meninggalkan bumi.

Walaupun produksi Cybretruck ini menghadapi sedikit kelewatan, tetapi Elon Musk tetap optimistik di mana Tesla dapat memenuhi lebih daripada 200,000 tempahan selepas tiga hari dilancarkan kepada orang ramai.

Untuk makluman semua, sebuah pengimport kereta sudah pun selesai membuat tempahan Cybertruck dan bakal masuk ke Malaysia setelah produksi trak ini siap.

Semasa pelancaran Cybertruck tahun 2019 lalu, Elon Musk secara tidak sengaja ‘terpecahkan’ cermin trak yang didakwa kalis peluru kepada orang ramai.

Cermin Retak Sewaktu Pelancaran Tesla Cybertruck Sekadar Gimik Daripada Elon Musk?

2 Sebab Tesla Cybertruck Berjaya Terima 200,000 Tempahan Dalam Tempoh Tiga Hari

Anda Mungkin Suka