Tiada lagi menjadi masalah untuk mencari hidangan western dan tempatan yang menyelerakan di Kota Kemuning, Shah Alam. Dengan dekorasi bertemakan ala Inggeris, mood selera anda pasti naik serta merta apabila memasuki sahaja ke My Story Cafe.

Sesuai dengan konsep bercerita, cafe ini menyediakan ruang sudut membaca buat para pelanggannya. Bagi anak-anak, turut disediakan ruang bermain dan juga dinding untuk melukis. Boleh lepak di sini hari-hari nampaknya.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

001 MySC Feature+Front

003 MySC SudutBacaan&Kids

Tambah menarik lagi, terdapat dekorasi pokok besar di pintu masuk cafe ini. Disebabkan keunikannya, ada pelanggan yang saja-saja datang bergambar dengan pokok besar ini tanpa membuat pesanan makanan pun ujar pemilik cafe, Tuan Asrul Husni Hussain.

002 MySC Interior

Tidak dinafikan suasanya memang inviting, namun misi kami lebih penting iaitu, makan.

BACA: Restoran Cina Muslim Amber, Menu Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Murah Tak Terduga

Sebagai permulaan, kami dihidangkan dengan minuman yang menambat mata hati kami. Kesemua jusnya memang segar dan menyegarkan.

Dari baris hadapan kanan ialah jus Spanish Green Hornet, jus GreenMundo dan diikuti dengan jus Apple Asam Boi. Barisan belakang dari kanan ialah Mango Smoothies dan diikuti jus paling istimewa adalah jus Kelangit.

014 MySC AnekaDrinks

Kenapa Kelangit? Kerana sambil meminum jus ini, anda akan terfikir-fikir apakah kandungan rahsianya, sampai naik ke langit. Tak perlu risau, kami beritahu sekarang. Ramuan air Kelangit terdiri daripada buah nangka, buah epal, buah lemon, saderi, buah nenas dan sedikit soda.

Ya, kami sudah tahu ramuan rahsianya. Namun, tidak pula kami ingin hasilkan sendiri minuman ini kerana dikhuatiri kualitinya ke laut. Eh.

BACA: Fuud & Co, Ayer Keroh, Melaka Sediakan Makanan Laut Dan Barat Di Bawah Satu Bumbung

Mushroom Soup, hidangan pemula yang sangat sesuai untuk apa jua hidangan seterusnya. Menampilkan rasa dan aroma cendawan dan dikisar bersama cream yang tidak terlalu lemak. Cicahkan bersama Garlic Bread memang sedap. Penggemar sup ini tentu “Like” ? tanpa tunggu suapan kedua.

004 MySC Mushroom Soup

005 MySC GarlicBread

BACA: Hungry Bunch, Sunway Pyramid Kafe Untuk Kaki Shopping Yang Sedang Lapar

Hidangan yang agak berat dimulakan dengan Chicken Grill. Ayam dipanggang secukupnya namun isinya tetap juicy dan kena pada temponya. Dituangkan bersama sos mushroom menyerlahkan rasa enaknya.

006 MySC ChickenGrill

Jika anda peminat Chicken Grill berita baik buat anda kerana menu ini kini ditawarkan dengan harga promosi RM9.90 sahaja sehingga 31 Disember 2015 ini. Tak percaya? Lihat sini.

Mexican Meehoon – menu yang mirip seperti meehun goreng Singapore ini amat berlainan kerana dihidangkan bersama sos berperisa mint, masam-masam manis & segar pudina. Dihidangkan juga bersama sambal kicap cili padi untuk peminatnya. Jika anda ber”mood” tempatan, anda perlu cuba menu ini.

009 MySC MeeApaNtah

Lagi menu best antaranya ialah Salmon Steak. Penggemar salmon tak akan merungut. Salmon digril secukup rasa dan sentiasa enak bersama sos tartar/mayonis.

007 MySC SalmonSteak

Hidangan seterusnya merupakan spaghetti Carbonara yang penuh lemak. Kami cadangkan anda tambah sedikit garam & pepper untuk rasa yang lebih kick sekiranya kena dengan citarasa anda.

008 MySC CarbonaraKot

Mac & Cheese – kepada yang ingin datang membawa anak-anak, ini menu wajib order. Mereka pasti sukakannya. Memang terasa lemak keju tapi tidak keterlaluan. Jika suka pedas, taburkan sedikit cili.

Benda boleh bincang, mohon saja dengan pelayan, mereka pasti sediakan untuk anda kerana servis layanan café ini memang terbaik.

012 MySC MacnCheese

Tiba masa untuk kami nikmati signature dish café ini iaitu Lamb Rack. Rasa kambingnya memang tidak dapat dinafikan. Porsinya memang baik. Tekstur daging yang lembut, dimakan bersama kentang lenyek dan sos rahsia milik chef pasti buat anda ingin kembali ke café ini.

010 MySC Lamb Rack

Tidak ketinggalan menu tempatan yang biasa kita jumpa waktu sarapan pagi. Namun, café ini menyediakannya dengan cara yang lebih istimewa iaitu Nasi lemak Piramid & Rendang Ayam. Sinonim dengan namanya, ia memang dihidangkan dengan susunan tinggi seperti piramid.

Maaf, kami agak cemerkap apabila terlalu teruja melihat presentation hidangan ini menyebabkan timbunan piramid runtuh. Rasanya sedap dengan sambal manis pedas. Turut dihidang bersama rendang ayam, nampak kering tapi kaya dengan rasa enak rendang dengan sedikit pedas. Pasti tidak menyesallah.

011 MySC NasiLemakPiramid

Terdapat juga hidangan Rib Eye Steak buat anda peminat daging. Anda boleh memilih untuk dihidangkan bersama sos black pepper atau sos mushroom mengikut selera.

013 MySC Rib Eye Steak

Ada pelbagai lagi hidangan menarik dari My Story Café sebagai pilihan. Bagi para penggemar hidangan makanan laut, mulai 15hb Disember 2015, hidangan berkonsep “Jari Comot” bakal disediakan.

69ad8ad4-8488-4bfb-ba8c-1a3ece03902e

Berkonsepkan makan bersama keluarga di atas saprah, terdapat pelbagai pilihan makanan laut untuk sama dinikmati. Makan berjemaah dengan keluarga dan rakan-rakan di dalam suasana santai lebih bermakna demi mengeratkan hubungan silaturrahim, bukan?

1e05f07c-9cf7-4430-ad0e-7b395007f6c9

Ada 11 jenis makanan laut istimewa yang bakal menanti para tetamu sebagai permulaan dan dikatakan akan ditambahkan dari semasa ke semasa nanti.

552977bd-6f9e-4751-b8c3-df693d2cece4

Antara hidangan pilihan adalah seperti ketam, udang, udang galah, Alaskan Crab Legs dan ketam Alaska disediakan.

71e165db-bc11-43fb-bb07-9d8ad06ce3f2

615bbe3b-dc5b-4d4c-ba05-caf6e7fdb460

Amacam? Moga menu ini dapat membantu menghilangkan rasa kempunan mencari masakan laut yang halal dan sedap untuk dikongsi rakan dan keluarga anda.

Untuk mengakhiri persinggahan kami di sini, kami dihidangkan dengan barisan kek yang menyelerakan seperti Chocolate Ganache, Cheese Cake dan Oreo Cheese Cake.

015 MySC Cakes

Kami sangat syorkan anda cuba Oreo Cheese Cake, lemak dimulut ditambah dengan rasa rangup Oreo. Memang meleleh. Kalau ada ruang untuk dessert di dalam perut anda, tak salah kalau mencuba manisan ini.

Apa tunggu lagi? Cepat-cepat singgah ke My Story Cafe lepas habis baca post ini ya.

Nama Premis : My Story Cafe
Lokasi : No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y, Kota Kemuning , 40460 Shah Alam , Selangor (waze)
Layari laman Facebook, Instagram dan Website cafe ini.
Waktu beroperasi :
Isnin hingga Khamis, 12.00pm – 10.00pm
Jumaat, 3.00pm – 11.00pm
Sabtu, 12.00pm – 11.00pm
Ahad, 5.00pm – 11.00pm

BACA: Nikmati Hidangan Seisi Keluarga Yang Memuaskan Di Baba & Co., Sunway Giza Mall Kota Damansara

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka