Meskipun, TikTok giat menurunkan video-video berunsur provokasi di platformnya. Masih menjadi tanda tanya bagaimana sebahagian daripadanya merupakan  video berbayar pula.

Terbaharu, pihak SKMM dan PDRM telah meminta penjelasan daripada TikTok sendiri bagaimana video tersebut adalah kandungan berbayar dengan tanda label paid partnership. Berdasarkan laporan terkini, sebanyak tiga video yang berjaya dikesan mempunyai unsur provokasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, pihak TikTok enggan memberitahu sama ada video-video tersebut telah dibayar oleh ahli politik dan juga berapa banyak video telah dihasilkan setakat ini. Platform TikTok pula tidak seperti Meta yang mana mempunyai program menapis kandungan berunsur politik.

Orang ramai diingatkan untuk berfikir panjang sebelum membuat sesuatu hantaran atau pun memuat naik video di laman sosial. Hukuman berat akan dikenakan di bawah Akta 575 Kanun Keseksaan kerana  berniat mencetuskan ketidakharmonian di kalangan masyarakat.

Sumber