Travel sendiri tanpa pemandu pelancong bukanlah satu pilihan yang digemari bagi mereka yang tidak pernah melakukannya. Namun hakikatnya jika anda telah berjaya travel sendiri buat pertama kali, pasti selepas itu anda lebih yakin dan berani untuk mengulanginya lagi.

Apatah lagi travel sendiri bukan sekadar membantu menjimatkan bajet anda, tapi juga anda lebih bebas untuk pergi ke lokasi pilihan tanpa terikat kepada mana-mana jadual perjalanan yang telah diatur oleh ajensi pelancongan.

huawei-y9-prime-featured-1
HYPE
Dapatkan HUAWEI Y9 Prime 2019 Dengan Mudah Dan Percuma
Baca lagi →

Di ketika ini Korea Selatan merupakan antara destinasi popular dan sering menjadi pilihan di kalangan rakyat Malaysia. Ditambah dengan adanya penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Seoul dan Busan yang disediakan oleh AirAsia menjadikan Korea satu destinasi yang mudah untuk dikunjungi.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 30 cara untuk travel sendiri di Korea Selatan tanpa pemandu pelancong. Mari kita mulakan.

travel-ke-korea-3

Masalah bahasa dan papan tanda tunjuk arah

1. Mungkin ini bakal menjadi perkara pertama yang merisaukan anda kerana kebanyakan rakyat Korea tidak tahu berbahasa Inggeris. Bagi kita pula, bukan saja tak boleh berbahasa Korea, tulisan mereka pun berbeza. Bukan guna A, B, C macam kita. Dah tentu bila sampai di sana terasa buta huruf. Haha!

Okey ini ada 2 cara:

2. Google Translate adalah penyelesaiannya. Hanya perlu download dan anda boleh gunakan offline untuk alih bahasa Korea ke bahasa Inggeris.

3. Belajar beberapa patah perkataan dalam bahasa Korea

Tak perlu banyak, cukup dengan ucapan terima kasih, selamat pagi, hello dan beberapa perkataan mudah sebagai pembuka bicara. Dalam beberapa jam anda dah boleh ingat. Tak susah pun.

Trick begini selalunya memang menjadi. Silap gaya mereka pula yang rasa terharu atas usaha anda nak berbahasa Korea. Warga Korea juga boleh dikatakan mudah membantu apabila kita menyapa mereka.

Dan sebenarnya jika anda tahu perkataan asas dalam bahasa Korea, itu sudah cukup untuk anda survive di Korea. Berikut antara perkataan asas yang boleh anda simpan:

Annyeong-haseyo (안녕하세요) : Hello / Apa Khabar?
Olma-yeyo (얼마예요) : How much / Berapa ?
Odi-yeyo (어디예요) : Di mana?
Sigan (시간) : Masa
Cihacheol (지하철) : Subway / Keretapi bawah tanah
Wen-cheok (왼쪽) : Kiri
Oreun-cheok (오른쪽) : Kanan
Hana(하나) : Satu (1)
Tul(둘) : Dua (2)
Set(셋) : Tiga (3)
Net(넷) : Empat (4)
Tasot(다섯) : Lima (5)
Chon-won(천원) : 1000won
i-chon-won(이천원) : 2000won
sam-chon-won(삼천원) : 3000won
o-chon-won(오천원) : 5000won
Man-won(만원) : 10,000won

travel-ke-korea-4

Salah satu lokasi menarik di Busan.

Makanan Halal

5. Perlu diingat matawang Korea Won lebih 3 kali ganda mahal berbanding ringgit Malaysia. Jadi sudah tentu perbelanjaan di sana lebih tinggi. Salah satu cara untuk berjimat adalah bawa makanan dari Malaysia.

6. Bagi yang sudah biasa travel semestinya Brahims adalah pilihan paling mudah. Hanya perlu panaskan dan makan. Boleh dibeli di pasaraya Mydin, Giant dan AEON.

Atau bawa saja periuk nasi elektrik saiz kecil atau travel cooker untuk anda gunakan sewaktu memasak sepanjang di Korea. Dapat jimat banyak!

travel-ke-korea-8

Antara yang boleh dicuba di Korea – makanan laut. Segar dan sedap bak hang!

7. Makanan halal di Korea. Lokasi popular bagi restoran halal di Korea adalah di sekitar Itaewon. Kebanyakan restoran halal di sini dibuka oleh orang-orang Pakistan, Turki, Timur Tengah, serta restoran makanan Malaysia dan Indonesia. Nak makan nasi, kebab, roti semua ada kat sini. Nak cuba kimchi pun boleh.

8. Namun begitu street food juga ada yang boleh dicuba terutama di sekitar Gwanjang Market di Seoul. Tapi untuk cuba makanan gaya street food kat sini anda kena pergi selepas jam 7 petang. Sebelum jam 7 hanya ada kedai-kedai lain saja, bukan gerai makanan.

Untuk rujukan anda ini 21 Makanan Halal Yang Mesti Dicuba Bila Travel Ke Korea Selatan dan ini pula Minuman Yang Harus Dinikmati Jika Berkunjung Ke Negara Sonata

Lokasi menarik di Korea

9. Mana satu yang anda mahu? Lokasi tarikan popular atau yang kurang popular di kalangan pelancong tapi sebenarnya memiliki tarikan tersendiri? Tak mengapa, saya kongsikan kedua-duanya untuk anda.

10. Tapi sebelum itu ada rahsia yang ingin saya kongsikan iaitu Tour guide percuma di Seoul.

Tahukah anda sebenarnya di Seoul anda boleh dapatkan pemandu pelancong secara percuma di bawah tajaan Korean Tourism. Ye percuma! Volunteer guide namanya.

Ada macam-macam pakej ditawarkan untuk kita melawat kawasan-kawasan menarik di Seoul seperti Bukchon Hanok, Istana, Insadong dan sebagainya. Anda boleh semak selanjutnya di Visit Seoul- Seoul Walking Tour Guide.

Menarik kan? Anda dapat berkunjung ke lokasi popular di sekitar Seoul dengan dibawa oleh tour guide secara percuma saja. Baca pengalaman gadis Malaysia ini dibawa melawat lokasi menarik oleh ‘Tour Guide’ secara percuma semasa travel di Seoul.

11. Jika ke Itaewon, jangan lupa singgah di Masjid Itaewon yang popular di Seoul. Boleh juga dijadikan sebagai salah satu lokasi untuk anda lawati.

12. Bagi yang nak layan pemandangan menarik seperti yang digambarkan di dalam drama yang pernah popular satu ketika dulu iaitu Winter Sonata, boleh lah ke Nami Island.

cara-travel-sendiri-di-korea-1

Pulau Nami. Cantik kan?

13. Lokasi menarik di luar Seoul juga banyak sebenarnya. Antaranya adalah Seongsan Sunrise Peak, Darangee Village dan Gyeong-Wha Station, Jinhae. Oleh kerana kedudukannya di luar Seoul pastinya anda perlukan cara. Kami telah pun kongsikannya di dalam artikel 12 lokasi menarik yang mesti anda kunjungi jika ke Korea Selatan.

14. Busan pula merupakan destinasi yang tak perlu dipertikaikan lagi. Banyak tarikan yang terdapat di sini antaranya adalah Jagalchi Fish Market, Busan Museum, dan Gambcheon Cultural Village. Nak ke Busan mudah saja sebab AirAsia pun ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Busan sebanyak 4 kali seminggu.

15. Pulau Jeju merupakan satu lagi destinasi menarik dan sering menjadi perhatian pelancong selain daripada Seoul dan Busan. Tarikan utama di Pulau Jeju sudah tentulah alam semulajadinya yang menarik sepertimana yang kami kongsikan di dalam artikel 17 Lokasi Menarik Untuk Dikunjungi Di Pulau Jeju, Korea Selatan

travel-ke-korea-2

Kad T-Money. Satu kad yang penting bila travel di Korea.

Pengangkutan di SEOUL

16. Kad T-Money – Jika anda ke Seoul, Subway merupakan pilihan terbaik kerana lebih murah dan mudah untuk ke mana-mana sahaja. Tapi sebelum guna subway anda perlu beli kad T-Money terlebih dahulu.

Saya sarankan anda beli kad T-Money jenama CU+ yang boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai serbaneka di Seoul. Setiap kali anda naik Subway, anda akan di caj sebanyak 1,250 Won.

17. Metropolitan Railway System – Untuk memudahkan anda bergerak di sekitar Seoul, saya sarankan anda download peta Metropolitan Railway System di Seoul ke dalam smartphone anda. Melalui peta digital ini anda boleh tahu di stesen manakah anda perlu tukar atau turun untuk sampai ke destinasi yang dituju. Jadi tak adala rasa susah hati nak tanya orang tapi lepas tu tak faham apa yang dia cakap.

18. Peta percuma di lapangan terbang Seoul – Jika turun di lapangan terbang Incheon, Seoul, anda boleh ambil peta yang disediakan di lapangan terbang. Mudah untuk anda rujuk sewaktu travel di Seoul. Dan boleh jimat bateri handphone.

Pengangkutan di BUSAN

19. Aplikasi Busan Map Offline Map – Anda boleh download aplikasi ini di sini sewaktu ada wifi. Dan boleh anda gunakan offline bila tiba di Busan.

20. Aplikasi Metro Busan Subway – Satu lagi aplikasi yang boleh anda download dan gunakan sewaktu ingin meneroka Busan. Boleh download di sini.

travel-ke-korea-5

Salah satu view menarik di Seoul.

Penginapan

21. Semestinya anda boleh buat carian di Booking.com, Agoda.com dan beberapa lagi laman web yang menyediakan berbagai pilihan hotel serta guesthouse.

22. Tidak kira sama ada di Seoul atau di Busan, lokasi paling best sebenarnya adalah yang terletak berhampiran dengan pengangkutan awam dan stesen keretapi. Mudah anda nak bergerak ke mana saja. Dan nak balik semula ke hotel pun senang.

23. Bagi lokasi penginapan di Seoul, jika mahu cari makanan halal dengan lebih mudah, menginaplah di Itaewon. Jika mahu lokasi yang lebih happening untuk membeli belah, Myeongdong adalah lokasi yang sesuai. Tapi jika mahu hotel dan guesthouse yang murah, Jongno sering menjadi pilhan para traveller.

24. Pastikan anda bawa business card hotel tempat anda menginap ke mana saja anda pergi. Ini merupakan satu penyelesaian paling mudah untuk masalah bahasa. Jika naik teksi boleh terus tunjukkan kepada pemandu teksi lokasi hotel anda. Begitu juga ketika sesat atau tak jumpa arah nak balik ke hotel. Tunjuk saja kad bisnes hotel. Habis cerita.

Mungkin 5 Tip Travel Cara Bajet ‘All In’ Bawah RM1000 Selama 5 Hari Di Seoul, Korea boleh bantu anda untuk travel dengan lebih jimat.

Atau jika anda bercadang nak pusing satu Korea Selatan, tips dan itinerari pusing satu Korea Selatan selama 7 Hari dengan bajet RM1800 boleh dijadikan rujukan.

travel-ke-korea-6

Salah satu syurga buat kaki shppping – Myeongdong, Seoul.

Shopping / membeli-belah

25. Dah sampai Korea haruslah nak beli barang kenangan atau buah tangan untuk keluarga. Jika di Seoul, anda boleh ke Namdaemun Market. Harga barang kat sini jauh lebih murah berbanding di Insadong dan di tempat-tempat lain.

Nak ke Namdaemun, anda hanya perlu turun di stesen subway Myeongdong, line nombor 6.

26. Silalah ke Myeongdong jika anda mencari barangan kosmetik, penjagaan kulit dan barangan berjenama pada harga yang jauh lebih murah daripada harga di Malaysia. Pasti anda rambang mata bila sampai di sini. Apatah lagi bila lihat sign board ‘sale’ yang mereka pamerkan.

Jika nak dapatkan diskaun lebih sikit bolehlah cuba 5 Cara Dapatkan Diskaun Semasa Travel Dan Membeli Belah Di Korea Selatan ini. Tapi jangan lah over sangat. Buat malu orang kampung je nanti. Haha!

Baca juga 3 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Pelancong Malaysia Sewaktu Guna Duit Korea. Elakkan kesalahan begini okey. Rugi anda nanti.

travel-ke-korea-7

27. Wifi mudah didapati di Korea. Hanya perlu minta password daripada pemillik kedai. Jika anda nak jimat, tak perlu beli sim kad lagi. Tambahan pula sim kad di Korea mahal dan kena berikan passport anda untuk register. Huh, lecehnya. Pakai yang free saja sudah lah. Jimat sikit.

28. Tandas di Korea tiada paip air. Jadi bawalah botol kosong untuk isi air di sinki sebelum masuk ke dalam tandas. Selalunya tandas di kompleks membeli belah besar lebih bersih dan wangi, serta ada air di singki untuk anda isi ke dalam botol. Selain daripada tu, boleh juga bawa wet tissue.

29. Solat. Anda boleh solat di fitting room, kawasan parking kereta, laluan tangga dan tempat-tempat tersembunyi yang tak mengganggu orang lain. Bawalah tikar, sejadah mini, kain batik atau shawl untuk dijadikan lapik semasa solat. Bagi wanita pula, pakai lah pakaian yang labuh dan berstokin.

Dan jika anda berkunjung ke Itaewon, ada masjid di situ untuk anda solat.

30. Nak ke Korea kini mudah saja dengan adanya AirAsia. Yang tinggal hanya pilih tarikh dan destinasi pilihan sama ada ke Seoul atau ke Busan. Atau anda boleh mendarat di Seoul dan waktu balik, naik penerbangan di Busan.

Dan sebagai seorang pengembara yang bijak, pastinya anda mahukan penjimatan. Antara caranya adalah dengan menjadi ahli BIG AirAsia, di mana setiap kali AirAsia mengadakan tawaran tempat duduk percuma atau tawaran harga menarik, anda menjadi antara yang terawal berpeluang membuat tempahan.

Dan untuk pengetahuan anda, AirAsia kini sedang menawarkan promosi tambang murah ke Seoul dan Busan dari serendah RM449.

Tempahan boleh dibuat daripada 3 Oktober – 9 Oktober 2016 bagi penerbangan antara 4 Oktober 2016 hingga 27 April 2017. Untuk maklumat lanjut tentang promosi menarik ini, anda boleh klik di link ini.

Ok lah. Saya nak pergi cari harga harga tambang murah AirAsia. Jom ke Korea kita! Annyeonghaseyo.

Anda Mungkin Suka