Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh badan pelancongan Indonesia, ramai warga Malaysia yang datang bercuti di negara ini memilih Bandung dan Bali sebagai destinasi pilihan. Dan kebanyakannya menjadikan shopping sebagai akiviti utama.

Hakikatnya Indonesia menawarkan banyak lokasi dan aktiviti menarik yang berbagai. Di sini kami kongsikan 33 aktiviti awesome yang boleh dilakukan di 15 lokasi best di Indonesia.

Banda Aceh

1. Snorkeling di Pulau Rubiah, Sabang

tip-bercuti-di-indonesia-25

Sumber gambar: wisataindonesia.today

Air yang jernih serta keindahan pulau menjadikan aktiviti snorkeling antara yang wajib dilakukan jika anda ke Acheh.

2. Berkunjung ke Masjid Baiturrahman

tip-bercuti-di-indonesia-39

Sumber gambar: Instagram Ma_Zainal

Masjid yang masih kekal berdiri kukuh meski Acheh pernah dilanda tsunami. Kini ia menjadi antara lokasi paling dilawati oleh para pelancong di Acheh.

Airport terdekat: Sultan Iskandar Muda International Airport, Banda Acheh. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA – Acheh. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Baca: 22 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Acheh Indonesia

Bandung

3. Berbasikal di awan di The Lodge Maribaya

tip-bercuti-di-indonesia-5

Sumber gambar: kitamuda.id

Masa untuk menguji keberanian anda. Di sini juga ada buaian dan pondok di atas pokok pine untuk anda ambil gambar dengan bergaya.

4. Berbuai di Tebing Citatah

tip-bercuti-di-indonesia-7

Sumber gambar: twitter.com/budyspurious

Pertama kali saya lihat aktiviti begini adalah di Banjaran Alps. Tak sangka rupanya di Bandung pun ada. Asalnya lokasi ini adalah tempat latihan tentera. Namun kini ia dibuka kepada umum pada hujung minggu untuk aktiviti rock climbing.

Airport terdekat: Husein Sastranegara International Airport. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 – Bandung. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Bali

5. Hotel Taman Rekreasi Bedugul

tip-bercuti-di-indonesia-26

Sumber gambar: Tripcanvas Indonesia

Khas buat anda yang mahukan kelainan dan menguji keberanian. Hotel dengan senibina unik yang dibina tapi gagal disiapkan ini dikatakan berhantu. Ia dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu.

Tidak ramai penduduk tempatan yang berani ke sini. Malahan siapa pemiliknya dan kenapa projek pembinaan hotel ini dihentikan juga tidak diketahui. Dan tiada tour disediakan. Jika mahu, anda kena pergi sendiri. Hehe.

6. Merasa percikan ombak dari atas jambatan di Nusa Dua

tip-bercuti-di-indonesia-27

tip-bercuti-di-indonesia-28

Ombak kuat yang menghentam batu dan laluan kecil di antara tebing menghasilkan percikan air hingga melebihi tebing. Jika ke sini pastikan anda bawa baju tambahan untuk ditukar apabila basah.

7. Mara River Safari Lodge Bali

tip-bercuti-di-indonesia-13

Sebut Bali pasti yang terbayang adalah pantai dan budayanya yang unik. Tapi ramai yang terlepas pandang tentang safari yang terdapat di sini. Lebih menarik anda berpeluang tinggal di hotel yang mana haiwannya berkeliaran bebas.

Airport terdekat: Ngurah Rai International Airport. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 ke Bali. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Baca: Itinerari ‘Week End Getaway’ 3 Hari 2 Malam Ke Lokasi Cantik Dan Tersembunyi Di Bali

Jakarta

8. Taman Mini Indonesia Indah

tip-bercuti-di-indonesia-29

Inilah tempatnya untuk anda belajar tentang budaya menarik berbagai suku yang terdapat di Indonesia. Turut terdapat di sini adalah binaan replika mini rumah-rumah dan bangunan menarik yang terdapat di negara ini. Turut dipersembahkan adalah tarian dan muzik kebudayaan bagi setiap etnik. Jika mahu sedikit adventure, anda boleh naik kereta kabel yang akan membawa anda mengelilingi dan pemandangan taman ini dari atas.

9. Taman Safari Bogor

tip-bercuti-di-indonesia-40

Terletak kurang 2 jam dari Jakarta, Bogor menawarkan banyak lokasi dengan tarikan tersendiri. Jika anda ingin rasai pengalaman berada sangat hampir dengan haiwan, safari ini adalah jawapannya. Dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak safari, anda dibawa menglilingi safari ini sambil melihat haiwan yang terdapat di sini dengan lebih dekat.

Airport terdekat: Soekarno – Hatta International Airport. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 – Jakarta. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Lombok

10. Air Terjun Benang Kelambu

tip-bercuti-di-indonesia-8

Sumber gambar: Tripcanvas.com

Bila lihat aksi bergambar di depan air terjun sudah terlalu biasa, jom cuba cara begini pula. Lokasi air terjun ini adalah di kaki bukit Gunung Rinjani.

11. Pantai Semeti

tip-bercuti-di-indonesia-12

Sumber gambar: sportourism.id

Umpama batu di planet kripton (tempat asal Superman), itulah yang dapat anda lihat bila berkunjung ke pantai ini. Lokasi unik dengan batu-batuan tajam di tepi pantai. Paling menarik bila ombak besar menghempas ke batu, menghasilkan pemandangan unik apabila buihnya mencelah laju di antara batuan tajam.

Airport terdekat: Lombok International Airport. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 – Lombok. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Baca: 10 Tip Berjimat Ketika Travel Di Lombok, Indonesia

Makassar

12. Buaian Ekstrim di Cekong Hill

Flying Fox

Flying Fox di Bukit Cekong. Sumber gambar: otonomi.co.id

Tak dapat ke Benua Amerika Selatan, dapat berayun di buaian ini pun tak kurang mendebarkan. Dengan ketinggian 150 meter dari dasar jurang, ia pasti memberi debaran buat anda. Kepada adrenalin junkies, ini patut masuk ke dalam senarai wishlist anda.

13. Makassar Grand Kanyon di Kampili Dam, Gowa

tip-bercuti-di-indonesia-3

Sumber gambar: indonesia.tripcanvas.co

Terletak 1 jam dari Makassar, lokasi unik ini sebenarnya adalah dam yang dibina untuk mengekang banjir di kawasan ini. Air dari dam ini juga digunakan untuk mengairi sawah padi di kawasan sekitar.

Airport terdekat: Sultan Hasanuddin International Airport. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 – Makassar. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Medan

14. Kawah putih Dolok Tinggi Raja

tip-bercuti-di-indonesia-9

Sumber gambar: satiyawarman.wordpress.com

Sekali imbas teringat Pamukkale di Turki. Siapa sangka lokasi menarik begini ada berhampiran Medan. Anda juga boleh mandi di bahagian akses ke 2. Air terjun yang mengalir bertemu dengan air panas menghasilkan rasa nyaman di dalam kolam.

15. Menikmati keindahan Danau Toba di Simarjarunjung

tip-bercuti-di-indonesia-31

Sumber gambar: Batakgaul.com

Pemandangan menarik begini boleh dinikmati di Simarjarunjung. Selain dari pondok di atas pokok, buaian juga turut disediakan di sini.

16. Air terjun Sipiso Piso

tip-bercuti-di-indonesia-32

Sumber gambar: greatleap.com.my

Tidak lengkap ke Medan jika tak ke sini. Merupakan antara airterjun tertinggi di Indonesia, Air Terjun Sipiso Piso memiliki ketinggian 120 meter.

Airport terdekat: Kualanamu International Airport. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 ke Medan. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Padang

17. Tasik Maninjau

tip-bercuti-di-indonesia-42

Danau yang tenang dan cantik sambil anda dapat menikmati budaya Minangkabau. Lebih menarik untuk sampai ke sini anda perlu melewati jalan bengkang bengkok sambil naik bukit yang dikenali dengan nama Keluk 44.

18. Pulau Mentawai

tip-bercuti-di-indonesia-43

Bagi peminat sukan luncur ombak, inilah antara destinasi idaman. Tapi jika anda hanya mahu berehat sambil menikmati alam, Pulau Mentawai merupakan antara destinasi menasirk untuk dikunjungi di Padang.

Airport terdekat: Minangkabau International Airport. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 ke Padang. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Pekanbaru

19. Desa Okura

tip-bercuti-di-indonesia-33

Di Desa Okura ini anda boleh naik sampan menyusuri sungai, melihat budaya tradisional, naik motor keliling kampung dan mencelah di antara pokok sagu serta naik kuda.

20. Meluncur ombak di Sungai Bono

tip-bercuti-di-indonesia-34

Biasanya bila meluncur ombak pastilah di pantai yang mempunyai laut. Tapi berbeza di sini. Meluncur ombak boleh dilakukan di sungai Bono. Lebih menarik ombak di sini boleh mencecah setinggi 6 meter dengan kelajuan mencapai 40 km/jam. Tidak hairanlah ia menjadi destinasi pilihan kepada peminat sukan ini dari seluruh dunia dan banyak rekod telah berjaya dipecahkan di sini.

21. Masjid Besar An Nur

tip-bercuti-di-indonesia-35

Masjid yang dibina pada tahun 1968 memaparkan ciri-ciri senibina Melayu, Turki, Arab dan India. Dikatakan ia seiras senibina Taj Mahal di India.

Airport terdekat: Sultan Syarif Kasim II International Airport. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 – Pekanbaru. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Palembang

22. Muzium Al Quran dalam ukiran kayu terbesar di Asia Tenggara

tip-bercuti-di-indonesia-37

Sumber gambar: sylistic.com

Sesuatu yang unik dan jarang kita temui rupanya ada di Palembang. Alquran raksasa ini merupakan al qur’an terbesar dan pertama di dunia dalam bentuk Al quran 30 juz yang di buat pada ukiran kayu jenis.

23. Masjid Cheng Ho Palembang

tip-bercuti-di-indonesia-38

Masjid dengan senibina dan elemen Cina ini dibina oleh penduduk Islam berbangsa Tionghua telah dibuka kepada umum pada tahn 2008. Masjid ini merupakan antara tarikan utama di sini.

Airport terdekat: Sultan Mahmud Badaruddin II International Airport. AirAsia terbang terus dari KLIA2 ke Palembang. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Pontianak

24. Berdiri di titik garisan Khatulistiwa

tip-bercuti-di-indonesia-23

Sumber gambar: hotelgajahmada.com

Tugu khatulistiwa ini adalah tugu yang menandakan lintasan garis khatulistiwa. Apa yang menarik hanya ada 12 negara di dunia yang dilintasi garis pemisah bumi utara dan selatan. Dan hanya ada 1 bandar berada di atas garis Khatulistiw, iaitu Pontianak.

25. Cruise di Sungai Kapuas

tip-bercuti-di-indonesia-24

Sumber gambar: sampanpesisir.blogspot.my

Merupakan sungai terpanjang di Indonesia, sungai menjadi punca pendapatan kepada penduduk yang tinggal di pinggirnya. Dianggarkan juga terdapat 300 spesis ikan air tawar di sungai ini. Apa yang menarik dengan cruise ini, anda dihidangkan dengan minuman dan duduk di meja bagaikan di kedai kopi sepanjang pelayaran berlangsung selama 45 minit.

Airport terdekat: Supardio International Airport, Pontianak. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 – Pontianak. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Surabaya

26. Menikmati indahnya Gunung Bromo

tip-bercuti-di-indonesia-16

Sumber gambar: infotravelku.blogspot.my

Tak lengkap ke Surabaya jika tidak ke Gunung Bromo. Anda boleh pilih sama ada mahu mendaki gunung ini atau sekadar melihat keindahannya dari kaki gunung. Apatah lagi pemandangan sewaktu matahari naik dan matahari terbenam di sini memang sangat awesome.

27. Menunggang kuda sambil mendengar pasir berbisik

tip-bercuti-di-indonesia-15

Sumber gambar: nandyca.com

Lokasi unik di mana anda dapat mendengar bunyi pasir seakan berbisik di sini. Terletak di kaki Gunung Bromo, ia lokasi wajib singgah jika anda ke sini.

Airport terdekat: Juanda International Airport, Surabaya. AirAsia menyediakan penerbangan terus KLIA2 – Surabaya. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Semarang

28. Brown Canyon, Semarang

tip-bercuti-di-indonesia-17

Sumber gambar: akolodnerphotography.com

Lokasi ini asalnya adalah sebuah kuari. Kini menjadi antara tarikan di Semarang disebabkan keunikan pemandangannya.

29. Umbul Sidomukti

tip-bercuti-di-indonesia-18

Sumber gambar: hargatiketmasuk.info

tip-bercuti-di-indonesia-19

Antara lokasi menarik untuk bergambar di Umbul Sidomukti

Kawasan peranginan dengan 4 kolam bertingkat di tebing gunung. Selain pemandangan indah, aktiviti lasak termasuk flying fox merentasi 2 bukit turut disediakan. Anda boleh merancang sama ada mahu buat lawatan sehari atau book hotel untuk bermalam di sini. Kedai dan restoran turut disediakan untuk para pelawat.

Airport terdekat: Ahmad Yani International Airport, Semarang. AirAsia menyediakan penerbangan terus KLIA2 – Semarang. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Baca: Travel Ke Kota Lama Semarang Bawa Aku Nikmati Suasana Kota Belanda Abad Ke-19

Solo

30. Pasar barang antik Triwindu

tip-bercuti-di-indonesia-21

Sumber gambar: Jalansolo.com

Bagi peminat barangan antik, ini antara destinasi wajib pergi. Terdapat berbagai barangan lama dan rare yang ditawarkan di sini.

31. Bermesra dengan rusa di Taman Balekambang

tip-bercuti-di-indonesia-22

Sumber gambar: tempatwisataindonesia.id

Di taman ini anda berpeluang mendekati rusa yang jinak. Taman yang dibina pada tahun 1921 asalnya adalah taman peribadi. Namun pada tahun 2008 taman ini melalui proses renovasi, seterusnya turut dijadikan sebagai pusat seni dan budaya, taman botani dan taman rekreasi.

Airport terdekat: Adi Sumarmo International Airport, Solo / Surakarta. AirAsia menyediakan penerbangan terus KLIA2 – Solo. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Yogyakarta

32. Gaya dan Mood Titanic di Jurang Tembelan Kanigoro

tip-bercuti-di-indonesia-2

Sumber gambar: www.tournesia.com

Selain binaan kapal, anda juga boleh bergambar dengan spot selfie kupu-kupu yang turut disediakan di sini.

33. Naik gondola di Pantai Timang

tip-bercuti-di-indonesia-20

Aktiviti unik yang wajib dicuba jika ke Yogyakarta. Asalnya gondola ini digunakan oleh para penduduk di sini untuk mengangkut hasil laut terutama udang kara yang ditangkap di sekitar sini. Tetapi kini ia menjadi tarikan utama bagi mereka yang gemarkan aktiviti mencabar.

Airport terdekat: Adisutjipto International Airport. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KLIA2 – Yogyakarta. Anda boleh semak promo terkini di sini.

Baca: 7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Jogjakarta, Indonesia

Kesemua lokasi dan aktiviti di atas boleh anda kunjungi dengan mudah kerana AirAsia menyediakan 350 penerbangan seminggu ke 15 lokasi di Indonesia. Yang penting anda perlu bijak merebut tiket tambang murah dan promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan ini.

AirAsia kini sedang menawarkan promo tambang murah ke Indonesia bermula dari serendah RM80 sehala. Promo ini berlangsung bagi pembelian dari 7 – 13 Ogos 2017, bagi penerbangan dari hari ini hingga 8 Feb 2018. Tempah penerbangan anda ke Indonesia di link ini sekarang.

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤