Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak pandemik berlaku pada tahun lalu, boleh dikatakan sekatan jalan raya lebih kerap dibuat tanpa mengira kawasan bandar mahupun luar bandar sama ada untuk pengawasan sempadan daerah ataupun kesalahan jalan raya.

Terbaharu, tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan motosikal telah melanggar sekatan polis trafik sehingga menyebabkan ada anggota polis melontarkan sebiji kon kepada kumpulan motosikal tersebut.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Pelbagai reaksi netizen telah kongsikan setelah menonto video terbabit. Ada yang menyokong tindakan polis tersebut kerana tidak menghormati anggota polis yang sedang bertugas.

vocket-geng-motor-wheelie-polis-1

Sumber Gambar: Facebook Isu Politik Semasa

vocket-geng-motor-wheelie-polis-2

Sumber Gambar: Facebook Isu Politik Semasa

vocket-geng-motor-wheelie-polis-3

Sumber Gambar: Facebook Isu Politik Semasa

Manakala ada pula yang menyokong tindakan kumpulan motosikal itu kerana orang ramai sudah mula hilang kepercayaan kepada pihak polis setelah berlakunya double standard  dalam mengenakan tindakan kompaun.

Walaupun baru-baru ini terdapat banyak ketidakadilan yang berlaku, namun ia bukanlah satu ‘lesen’ buat orang ramai untuk menunjukkan sikap tidak beradap kepada anggota polis.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Kongsikan pandangan anda melalui ruangan komen di bawah.

Pada awal minggu lalu, netizen berpuas hati dan mahukan lebih banyak roadblock setelah melihat sebuah kereta ditahan polis atas kesalahan memotong barisan.

Netizen Mahukan ‘Roadblock’ Setelah Tonton Rakaman Video Polis Tahan Kereta Potong Barisan

Belum Ada Tindakan Ke Atas Neelofa Dan PU Riz, Pendakwa Raya Kembalikan Kertas Siasatan Kepada Polis

Anda Mungkin Suka