Tenggelamnya kapal selam Indonesia, KRI Nanggala-402 di perairan Bali pada 21 April telah mengorbankan seramai 53 orang anak kapalnya. Susulan itu, usaha mencari serpihan kapal selam ini diteruskan untuk mengetahui punca sebenar kemalangan.

Terbaharu, pihak berkuasa Indonesia dalam satu kenyataan semalam secara rasminya mengumumkan usaha pencarian dan mengumpul serpihan kapal selam KRI Nanggala-402 telah pun berakhir. Perkara ini disahkan sendiri oleh jurucakap Tentera Laut Indonesia, Julius Widjojono.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Usaha menyelamat sudah tamat dan sebahagian kapal yang belum ditemui akan dibiarkan untuk kekal terus tenggelam di dasar laut.

“Misi mengumpul serpihan KRI Nanggala dianggap gagal kerana tiada mana-mana pihak yang mampu mencarinya dalam kedalaman laut lebih daripada 800 meter,” kenyataan yang dikeluarkan Julius kepada pemberita Reuters semalam, memetik laporan Astro Awani.

Julius menambah, pasukan penyelamat Indonesia turut dibantu pasukan penyelamat dari China yang sudah melakukan lebih daripada 20 kali rondaan di dasar laut untuk mengumpul bukti gambar, video dan serpihan bahagian kapal yang tenggelam itu.

Tidak dilupakan juga, operasi mencari kehilangan kapal selam yang berusia 40 tahun ini turut disertai Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia dan India. Difahamkan, KRI Nanggala telah terputus radar selepas melakukan selaman ketika sesi latihan tembakan torpedo di perairan Bali.

Upacara keagamaan dijalankan di laut sebagai penghormatan terkahir kepada mangsa tengelamnya KRI Nanggala 402. Kredit: Reuters

Walaupun usaha pencarian serpihan kapal KRI Nanggala dihentikan tetapi usaha untuk mengetahui punca kemalangan kapal ini masih lagi disiasat sehingga kini. Semoga ahli keluarga kepada 53 orang anak kapal KRI Nanggala-402 serta seluruh Indonesia terus tabahkan diri bagi menghadapi ujian ini.

Misi pencarian kapal selam KRI Nanggala-402 telah menemukan kepada sebuah kawah misteri. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Misi Pencarian Kapal Selam KRI Nanggala-402 Menemukan Kepada Sebuah Kawah Misteri

‘Saya Perlu Kuat Kerana Saya Isteri Komander’ – Cerita Isteri Mangsa Tenggelamnya Nanggala 402

Lagu ‘Sampai Jumpa’ Jadi Pesanan Terakhir Kru Kapal Selam KRI Nanggala 402

Sumber